Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

137) BANTUAN BIASISWA PENDIDIKAN OLEH YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor bagi tujuan bantuan biasiswa pendidikan bagi tahun 2010 yang lalu?

    Jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor bagi tujuan bantuan biasiswa pendidikan adalah sebanyak RM418,600.00. Pecahan perbelanjaan adalah seperti berikut :

    Perkara Bil. Pelajar Perbelanjaan (RM)
    Biasiswa Khas

    (RM700.00 setahun)

    228 RM159,600.00
    Biasiswa Kecil

    (RM400.00 setahun)

    564 RM225,600.00
    Dermasiswa

    (RM400.00) setahun

    – Pelajar cemerlang PMR (8A ke atas)

    61 RM24,400.00
    Pertukaran pinjaman pelajaran kepada biasiswa (pencapaian Ijazah Kelas Pertama) 1 RM9,000.00
    Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan 854 RM418,600.00
  2. Siapakah penerima-penerima biasiswa tersebut mengikut komposisi kaum dan berapakah jumlah biasiswa yang diberikan kepada setiap individu yang berjaya di dalam permohonan mereka ?

    Komposisi kaum yang mendapat biasiswa adalah seperti berikut :

    Tahun Melayu Cina India Jumlah
    2010 849 3 2 854

    Jumlah biasiswa yang diberikan kepada setiap individu yang Berjaya dalam permohonan

    :

    Jenis Biasiswa RM
    Biasiswa Khas RM700.00 setahun
    Biasiswa Kecil RM400.00 setahun
    Dermasiswa

    *Pelajar cemerlang PMR (8A ke atas)

    RM400.00 setahun
    Pertukaran pinjaman pelajaran kepada biasiswa (pencapaian Ijazah Kelas Pertama) Bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan seperti dalam Borang Perjanjian
  3. Adakah Yayasan Selangor ada memberikan apa-apa pinjaman / biasiswa pendidikan kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negeri?

    Dasar Pemberian Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor menetapkan pinjaman pelajaran hanya diberikan kepada pelajar yang menuntut di dalam negara dengan jumlah tajaan tidak melebihi RM40,000.00 sepanjang tempoh pengajian bagi setiap pelajar.

Lampiran

Tiada Lampiran.