Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

128) SKIM MIKROKREDIT SELANGOR (SKIMSEL)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci maklumat SkimSel bagi daerah Klang dan Petaling seperti berikut. Berapakah penerima terkini mengikut pecahan jantina dan kaum?

    Berikut adalah jawapan kepada soalan a, b dan c.

    Berdasarkan persetujuan pembahagian kawasan operasi antara SKIMSEL dan MIMBAR, diperingkat  Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor, SKIMSEL hanya beroperasi di kawasan-kawasan luar bandar iaitu di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Manakala daerah-daerah lain seperti Klang dan Petaling telah diisytiharkan sebagai kawasan bandar dan di bawah operasi MIMBAR.  SKIMSEL belum lagi memasuki kawasan-kawasan tersebut.

  2. Nyatakan pecahan peratusan yang telah di capai dan apakah yang akan dilakukan bagi meningkatkan penyertaannya

  3. Apakah halangan utama yang menyebabkan proses pinjaman ini perlahan. Huraikan

Lampiran

Tiada Lampiran.