Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

108) PEMBANGUNAN SENI & TEATER

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan penggunaan teater diraja?

    Pihak Kerajaan Negeri di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi Y.B Rodziah bin Ismail sedang dalam tindakan untuk menentukan “End-User” bangunan teater tersebut. Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam pula diberi mandat sebagai ‘care taker’ untuk mentadbir, menyelaras dan menyelenggara bangunan tersebut untuk tempoh 6 bulan mulai dari 1hb Julai 2011 sehingga 31hb Disember 2011 dengan peruntukkan sebanyak RM1.3 juta.

  2. Berapakah galeri seni dan teater awam? sila nyatakan kos penyelenggaraan tahunan 2008-2010

    Galeri Seni Shah Alam di Laman Budaya Tasik Shah Alam adalah satu-satunya galeri seni yang beroperasi di Shah Alam dan tiada teater awam yang terdapat di kawasan pentadbiran Shah Alam.

    Peruntukkan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam bagi penyelenggaraan bangunan teater tersebut dari 2008 sehingga 2010 adalah sebanyak RM 145,404.56. (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Empat Puluh Lima Ribu Empat Ratus Empat dan Lima Puluh Enam Sen)  yang meliputi kerja-kerja :-

      Perkara   Jumlah (RM)
    i. Perkhidmatan

    Keselamatan (Dari Nov 20082010)

    Kawalan Dis RM 94,072.86
    ii. Penyelenggaraan Landskap   RM  7,481.00
    iii. Penyelengaraan Bangunan   RM     8,775.00
    iv. Bil Air   RM     1,450.50
    v. Bil Elektrik   RM  33,625.20
      Jumlah Keseluruhan   RM145,404.56
  3. Apakah rancangan pembangunan seni teater, seni lukis, seni muzik, seni ukiran negeri Selangor?

    Rancangan pembangunan seni teater, seni lukis, seni muzik, seni ukiran negeri Selangor adalah tertakluk kepada perancangan oleh Exco yang berkenaan dan juga Jabatan Kebudayaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.