Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
99) ELAUN PERUMAHAN EXCO
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Ahli exco tidak menduduki rumah-rumah yang di sediakan oleh kerajaan terdahulu kerana dianggap tidak perlu dan membazir. Berapa peruntukan elaun bulanan perumahan kepada setiap exco?
Setiap EXCO menerima elaun bulanan perumahan sebanyak RM2,000.00. Elaun ini termasuk Elaun Pembantu Rumah sebanyak RM500.00 dan Elaun Tukang Kebun sebanyak RM500.00.
-
Berapakah jumlah tuntutan perjalanan setiap exco dari kediaman ke pejabat SUK dan kemudahan-kemudahan lainnya?
Elaun perjalanan tidak dituntut oleh EXCO kerana kemudahan kenderaan rasmi berserta pemandu dan minyak petrol disediakan dan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Kemudahan-kemudahan lain yang diluluskan dalam Enakmen 8/1980 adalah seperti berikut:
- Elaun Keraian.
- Elaun Pengerusi Jawatankuasa Tetap.
- Kediaman Rasmi.
- Bekalan Air , Elektrik dan Telefon.
- Dibekalkan kemudahan telefon bimbit.
- Elaun Hidup Harian semasa bertugas rasmi
- 00 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya dalam lingkungan 32 km (20 batu).
- 00 sekiranya tugas rasmi dilakukan di luar Negeri Selangor sehari bagi masa 24 jam atau sebahagian darinya.
- 00 sekiranya tugas rasmi dilakukan di luar Malaysia bagi masa 24 jam atau sebahagian darinya.
- Elaun Makan atas kadar sebenar atau mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 2/1992 yang mana lebih tinggi setaraf dengan pegawai Kerajaan Tingkatan Tertinggi “A” bagi setiap 24 jam atau sebahagian darinya atas urusan rasmi sahaja.
- Sewa Hotel semasa bertugas rasmi disokong dengan resit dan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang mana lebih tinggi. Sekiranya penginapan atau hotel disediakan oleh penganjur, tuntutan Sewa Hotel tidak boleh dibuat.
- Belanja Pelbagai.
- Kelayakan Perjalanan
- Bagi perjalanan rasmi menaiki kapal terbang termasuk isteri (jika mendapat kebenaran) layak dibekalkan tiket kapal terbang kelas satu;
- Diberi kemudahan tambang kapal terbang kelas business untuk perjalanan tidak rasmi termasuk isteri/suami masing-masing bagi mana-mana perjalanan pergi/balik di seluruh Malaysia atau wang tunai yang bernilai dengan jumlah harga tambang itu atau harga tambang kapal terbang kelas business KLIA-Kota Kinabalu, Sabah yang mana lebih tinggi.
- Kereta Rasmi
– Dibekalkan dengan sebuah kereta rasmi dan seorang pemandu.
- Elaun Pakaian Panas
– Layak menuntut Elaun Pakaian Panas jika menjalankan tugas rasmi di luar Malaysia di negara beriklim sederhana atas kadar RM1,500.00 sekali dalam tempoh 3 tahun.
- Elaun Pakaian Rasmi Istiadat
– Layak dibayar RM1,500.00 sekali dalam tempoh 3 tahun.
- Surat Menyurat
– Layak menghantar surat atas urusan rasmi sebagai ADN secara percuma.
- Warta Kerajaan
- Lencana Kereta
- Lesen Percuma Senjata Api
- Lesen Percuma Kereta Motor
- Kad Ahli Dewan Undangan Negeri
- Cuti Rehat
– Layak mendapat 30 hari cuti rehat tidak termasuk hari kelepasan mingguan dengan kebenaran Menteri Besar.
- Kemudahan Perubatan
- Diberi kemudahan rawatan dan perubatan percuma , dikecualikan daripada bayaran wad di hospital kerajaan dan berkelayakan mendapat wad kelas satu bilik khas melainkan jika kecemasan dan terpaksa mendapat rawatan dan perubatan di hospital atau klinik swasta bayaran wad akan dibayar balik oleh kerajaan.
- Kemudahan rawatan perubatan untuk Ahli dan Keluarga dengan bayaran ditanggung oleh kerajaan di hospital swasta yang tersenarai sebagai panel oleh kerajaan.
- Kemudahan mendapatkan rawatan pergigian bagi Ahli dan Keluarga tidak melebihi 00 tiap seorang dalam tempoh setahun.
- Kemudahan perubatan bagi ahli keluarga termasuk suami atau isteri, anak yang ditanggung dan berumur 25 tahun sekiranya masih menuntut dengan disertakan kad pelajar.
- Pinjaman Kereta
– Maksimum sehingga RM150,000.00 dalam tempoh 4 tahun dengan dikenakan bayaran perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas bulanan yang belum selesai.
- Pinjaman Perumahan
– Maksimum RM500,000.00 tidak melebihi 25 tahun dengan bayaran perkhidmatan 4% setahun.
- Elaun Cuti Khas
– Tiket penerbangan KL-London-KL kelas 1 untuk diri sendiri dan suami/isteri bersamaan wang tunai RM70,000.00 dan RM30,000.00 untuk perbelanjaan penginapan, makan/minum dan lain-lain untuk tempoh sepenggal.