Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
96) PENYAKIT GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Didapati ramai mengidap penyakit akibat gaya hidup tidak sihat seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang menjadi antara pembunuh nombor satu rakyat. Pada pandangan kerajaan negeri bagaimanakah gaya hidup masyarakat Selangor hari ini?
Pada hari ini, rakyat telah mula ada kesedaran dan mengambil tindakan mengamalkan cara hidup sihat. Kita boleh lihat semakin ramai orang melakukan senaman dan berjoging. Bilangan pusat-pusat kecergasan juga semakin bertambah akibat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat.
Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) III (2006) di seluruh negara, termasuk negeri Selangor, menunjukkan :
- Prevalen merokok di kalangan penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas telah menurun sebanyak 2% berbanding NHMS II (1996).
- Kadar prevalen penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang hidup secara aktif adalah sebanyak 56.3%, berbanding NHMS II (1996) yang melaporkan sebanyak 42.5% penduduk Malaysia melakukan aktiviti senaman.
- Prevalen current drinker sebanyak 7.4% dan ex-drinker sebanyak 29.1% berbanding NHMS II (1996) yang melaporkan prevalen current drinker sebanyak 23.0% dan ex-drinker sebanyak 5.6%.
-
Nyatakan statistik kes kematian akibat penyakit-penyakit tersebut di Selangor?
Pada tahun 2010, bilangan kematian akibat penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup sihat adalah seperti berikut:
Penyakit Bilangan Kematian Diabetis 15 Tekanan Darah Tinggi 5 Sakit Jantung 929 Strok 490 Kanser 760 -
Apakah strategi dan program kerajaan negeri untuk membina gaya hidup sihat rakyat Selangor?
Usaha mempromosikan kesihatan serta menggalakkan rakyat mencegah penyakitpenyakit berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat dijalankan menerusi Kempen Cara Hidup Sihat.
Kempen ini bermatlamat memperkasakan masyarakat untuk mengamalkan cara hidup sihat, dengan tumpuan diberi kepada memupuk tingkah laku asas kesihatan iaitu Makan Secara Sihat, Lakukan Aktiviti Fizikal, Tidak Merokok dan Memupuk Minda Sihat, di samping lain-lain penyakit berjangkit dan tidak berjangkit mengikut masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
Kempen ini disasarkan kepada semua rakyat negeri Selangor menerusi dua (2) pendekatan, iaitu :
- Pendekatan pertama bersifat massa melibatkan iklan-iklan papan tanda, poster, edaran risalah dan lain-lain bentuk pengiklanan.
- Pendekatan kedua adalah bersifat komunikasi inter personal yang melibatkan ceramah, kem kesihatan, karnival kesihatan, pameran kesihatan dan lain-lain bentuk pendidikan yang dirasakan sesuai bagi satu-satu tempat dan kumpulan sasar.