Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
92) SUKAN BINA BADAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dipertandingkan pertama kali dalam Sukan Malaysia (sukma) tahun ini. Adakah kerajaan negeri Selangor akan terus melibatkan atelit yang beragama Islam dalam sukan ini.
Bina Badan merupakan sejenis sukan atau gaya hidup untuk membina otot melalui gabungan rutin latihan mengangkat berat, menambah pengambilan kalori, dan rehat. Dalam sukan bina badan, peserta akan mempamerkan bentuk badan mereka kepada hakim yang akan menilai dan memberi mata berdasarkan ciri ciri tertentu.
Pada mulanya sukan ini hanya dipelopori oleh kaum lelaki, namun pada tahun 1980an, kaum wanita mula tertarik untuk terlibat dalam bina badan. Kini, sukan bina badan adalah sama antara kedua dua jantina.
Di Asia, sukan bina badan kelihatan sugul. Ini mungkin disebabkan bina badan memerlukan sumber kewangan yang tinggi disamping adat kesopanan Timur yang tidak menggalakkan keterbukaan seperti di Barat. Namun akhir akhir ini, bina badan mula mendapat tempat di Asia yang mengakibatkan pusat pusat kesihatan gimnasium tumbuh bagaikan cendawan.
Sukan bina badan tidak boleh disalahertikan sebagai sukan angkat berat Olimpik, pertandingan Strongman atau Powerlifting. Ketiga tiga jenis sukan ini mengutamakan kekuatan individu tetapi bina badan lebih menumpukan perhatian kepada penjagaan dan nilai estetik bentuk badan seseorang. Dalam bina badan, bentuk dan saiz adalah lebih penting daripada berat yang boleh diangkat.
Dalam Islam, sukan menampil atau menampakkan hampir sama untuk mendapat satu bentuk badan yang sihat. Walau bagaimanapun, ada sukan yang dibenarkan dan ada yang ditegah dalam Islam.
Mengikut dari perspektif dan undang-undang Islam, atau Syariah, telah meletakkan beberapa had terhadap ahli sukan Muslim. Ini termasuk peraturan mengenai aurat, iaitu, bahagian badan yang tidak boleh didedahkan dikhalayak ramai. Hijab, atau Purdah merupakan satu kesukaran dalam melibatkan wanita dalam bersukan. Selain itu, lelaki juga tidak dibenarkan mendedahkan aurat, dari paras pusat hingga ke lutut, contoh sukan melibatkan pendedahan aurat lelaki ialah seperti sukan sumo dan bina badan.
Berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh Yb Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hairi ini, bagi pendapat saya, kerajaan negeri Selangor seharusnya mengekal dan melibatkan atlet yang beragama Islam dalam sukan ini. Ini adalah, jika kita dapat lihat Sazali Samad dan Dato Malek Noor telah mewakili Malaysia dalam sukan bina badan sejak tahun 1990 dan merangkul banyak anugerah termasuklah Mr Universe. Mereka telah menaikkan nama Malaysia dan semua pihak memberi sokongan terhadap beliau untuk terus maju dalam sukan ini. Jika ada pihak yang tidak setuju dan membantah terhadap sukan ini, kenapa pihak-pihak tersebut tidak membantah sejak dari dulu lagi malah mereka menyokong sehingga kini dan memartabatkan sukan ini.
Selain daripada itu, bagi pandangan saya, sukan ini boleh untuk dipertandingkan di peringkat Sukan Malaysia (Sukma), tetapi ia tidak bersesuian untuk mengadakan pertandingan ini di kompleks membeli belah seperti yang berlaku pada Sukma yang ke 14. Seperti yang kita sedia maklum, aurat lelaki adalah dari pusat ke lutut, sekiranya pertandingan ini disaksikan oleh golongan lelaki, ia tidak menjadi masalah kerana aurat sesama lelaki. Oleh hal yang demikian, pertandingan ini boleh untuk diteruskan, sekiranya diadakan di tempat yang tertutup dan hanya disaksikan oleh golongan lelaki sahaja.
Kenapakah hal ini tidak dibincangkan terlebih dahulu sebelum ia dipertandingkan pada SUKMA yang lepas. Seperti yang kita sedia maklum, sukan bina badan ini dipertandingkan buat pertama kali selepas 13 kali pengajuran Sukma. bagi pandangan saya, semua pihak harus duduk semeja untuk membincangkan hal yang demikian. Semua pihak seperti Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, dan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) harus bersatu padu, memerah otak serta berkongsi idea untuk membincangkan hal ini samada sukan ini harus dipertandingkan atau tidak di masa akan datang.
-
Adakah kerajaan negeri mengeluarkan fatwa berhubung keterlibatan penganut agama Islam dalam sukan ini.
Bina badan bertujuan dalam membentuk badan yang kuat dan perkasa, dimana ia penting dan tujuan yang bermanfaat. Sekiranya tujuan sukan tersebut dilakukan untuk menjadikan tubuh badan sasa dalam perjuangan ke jalan islam sebenar atau jihad, maka sukan tersebut disarankan diamalkan ke arah yang baik… Sekiranya untuk reakreasi dan mengekalkan kesihatan yang sihat, maka sukan tersebut dibenarkan. Sekiranya sukan itu melibatkan sesuatu yang haram seperti mendedahkan aurat pada bukan muhrim, meninggalkan solat, atau bercampur-gaul dengan perempuan secara bebas, maka ia adalah haram.
Pada sesiapa yang melibatkan diri dengan sukan bina badan, tanpa menutup aurat, maka ia adalah haram. Walaupun lelaki auratnya dari pusat hingga ke lutut, auratnya hanya untuk wanita yang dinikahi secara sah sahaja, yakni, pendedahan aurat pada isteri yang dinikahinya saja. Pengamal sukan ini tidak dibenarkan juga melihat aurat individu yang lain.
Sesetengah yang melibatkan diri dengan sukan ini bertujuan dengan kecintaan sifat bangga dan riak menunjuk tubuh badan yang berotot, sasa dan tegap.. dan lain-lain motif yang salah. Pada orang-orang yang percaya (beriman), wajar jauhi dari perkaraperkara tersebut dan perlu mencari jalan kearah kebaikan sifat dan sikap, rendah diri dan saksama.
Apa yang mentaksubkan dalam menjadikan tubuh badan menjadi cantik, bukanlah sesuatu perkara yang patut diberi perhatian penuh. Apa yang dicari oleh Islam terhadap individu muslim adalah untuk mengekalkan tubuh dan kesihatan yang sihat dalam melaksanakan tugas keagamaan Islam, dalam menjalankan jihad ke arah Allah, seperti mengerjakan haji. Tetapi dalam taksub menjalankan sukan dan mengganggu seseorang Muslim dalam melakukan amal ibadah seperti solat, seperti melakukan sukan berjamjam dan hingga melalaikan, tidak dibenarkan.
Pada kesimpulannya, di Negeri Selangor, kerajaan negeri masih tidak mengeluarkan sebarang fatwa atau arahan berhubung hukum penglibatan penganut beragama Islam dalam sukan bina badan. Pihak-pihak yang bertanggungjawab seharusnya memfokuskan masalah ini jika tidak mahu masalah seumpama ini akan berlaku dalam sukan lain.