Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
76) PUSAT HIBURAN HARAM
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Pusat-pusat Hiburan Haram mengikut daerah di Negeri Selangor dan berapakah jumlah Pusat Hiburan yang diberikan lesen tapi tidak mengikut peraturan yang ditetapkan?
Jumlah Pusat-Pusat Hiburan haram mengikut daerah di Negeri Selangor dan jumlah Pusat Pusat Hiburan yang diberikan lesen tetapi tidak mengikut peraturan yang ditetapkan adalah seperti berikut :
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH PUSAT HIBURAN HARAM JUMLAH PUSAT HIBURAN YANG MELANGGAR
SYARAT LESEN
1. MBSA 17 4 2. MBPJ – 77 3. MPK 18 7 4. MPAJ – 22 5. MPSJ 16 1 6. MPS 2 – 7. MPKj 14 68 8. MPSp 5 15 9. MDKS 4 3 10. MDHS 7 – 11. MDKL – 6 12 MDSB – 4 JUMLAH 83 207 -
Adakah tindakan undang-undang yang dikenakan cukup berkesan atau sebaliknya?
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, peruntukkan Undang-Undang digunapakai oleh semua PBT di Selangor adalah mencukupi kerana Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995 dan pindaan-pindaan yang telah dibuat memperuntukkan penalti atau RM 10,000.00 hingga RM 50,000.00 dan hukuman penjara tidak melebihi 3 Tahun . Kadar penalti yang dikenakan adalah tinggi dan secara tidak langsung telah membantu dalam mengurangkan bilangan pusat hiburan haram di negeri Selangor. Di samping itu juga, pelaksanaan penguatkuasaan oleh setiap PBT bagi undang-undang sedia ada turut membantu dalam mengatasi masalah ini.
-
Setakat ini, berapakah jumlah pengusaha yang telah diambil tindakan undang-undang dan jenis kesalahan dan tindakan yang dikenakan?
Setakat ini, terdapat 290 pengusaha pusat hiburan yang telah dikenakan tindakan undang-undang. Jenis kesalahan dan tindakan yang biasa dikenakan kepada pemilik premis hiburan di sekitar Selangor adalah kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dan melanggar syarat-syarat lesen seperti beroperasi melebihi had masa yang dibenarkan.