Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

60) BIASISWA DAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah biasiswa dan pinjaman yang telah diberi dari tahun 2008 hingga kini?

    Jumlah biasiswa yang diberi daripada tahun 2008 hingga 2010 adalah :

    Tahun Bilangan Penerima Jumlah Perbelanjaan Biasiswa (RM)
    2008 807 214,750.00
    2009 764 370,100.00
    2010 874 418,600.00
    Jumlah   1,003,450.00

    Jumlah pinjaman yang diberi daripada tahun 2008 hingga 2010 adalah :

    Tahun Bilangan Peminjam Jumlah Perbelanjaan Pinjaman Pelajaran (RM)
    2008 658 2,889,879.00
    2009 779 5,281,790.00
    2010 1063 6,164,325.00
    Jumlah   14,335,994.00
  2. Sila nyatakan kuota biasiswa dan pinjaman mengikut kaum

    • Tiada kuota mengikut kaum.
    • Biasiswa dan pinjaman akan diberikan mengikut kelayakan pelajar.
    • Jumlah tawaran biasiswa dan pinjaman terhad kepada bajet tahunan yang disediakan.
    • Sebagai contoh, bagi 2011, bajet biasiswa ialah sebanyak RM254,900.00 bagi tawaran baru kepada 500 orang pelajar, manakala bagi pinjaman, bajet adalah sebanyak RM3,189,500.00 bagi tawaran baru kepada 600 orang pelajar IPT.

Lampiran

Tiada Lampiran.