Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
57) TASK FORCE PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008 telah memulakan suatu task force khas yang diketuai oleh YB Iskandar dan YB Saari Sungib untuk menghidupkan semula projek - projek perumahan yang terbengkalai. Senaraikan projek-projek yang telah berjaya di majukan semula atas usaha task force ini
Untuk makluman Y.Berhormat, sebanyak 12 projek yang telah dimajukan semula atas usaha task force ini melalui memorandum persefahaman (MOU) dan memorandum of agreement (MOA) di antara pemaju asal dan kontraktor penyelamat seperti berikut :
NO NAMA PROJEK PEMAJU ASAL PEMAJU/KONT RAKTOR PENYELAMAT
BILANGAN UNIT 1 Cadangan Membina 1 Blok Pangsapuri (RPKR), 19 Tingkat Di Atas
Sebahagian Lot 163, Seluas 9.19 Ekar, Ukay Bistari, Mukim Hulu Klang, Daerah
Gombak
Y-Talis Housing Sdn.
Bhd. &
Damai Bistari Sdn. Bhd.
Weiru Capital Sdn. Bhd. 256 Unit – Pangsapuri Kos
Rendah
2 Cadangan Perumahan Di Taman Ukay Bistari Di Atas Lot 648,649,621 & 824, Kampung Pasir, Mukim Hulu
Klang, Daerah Gombak
Damai Bistari Sdn. Bhd. -Pertiwi Prestij Sdn. Bhd. -Syarqiah
Holdings Sdn. Bhd.
-NBH Standard Links
146 Unit- Pangsapuri Kos
Rendah 16 Tingkat,
120 Unit –
Pangsapuri
Kos Sederhana
Rendah
Enterprise Sdn. Bhd. -Raih Zaman (M) Sdn.Bhd.
-Sama Sejati
Sdn. Bhd
And
-Pertiwi Prestij Sdn. Bhd.
12 Tingkat, 60 Unit – Kos Sederhana 8 Tingkat,
1027 Unit –
Service
Apartment 6 Blok,
79 Unit Kedai
Dan Pejabat
3 32 Projek Perumahan Terbengkalai Di Daerah Klang (12 Projek) dan Daerah Kuala Langat (20 Projek)
Rhid Development Sdn. Bhd.
Faza Impiana Sdn. Bhd. &
Inventive Power Sdn. Bhd.
964 unit – Rumah
Berkembar &
Banglo
4 Cadangan Pembinaan Rumah Kos Rendah, Jalan
Plato U5/138, Seksyen U5,
Shah Alam
Unique Creation Sdn.
Bhd.
ECL Management Sdn. Bhd.
840 Unit – Rumah Kos Rendah
10 Unit – Kedai
5 Cadangan Pembinaan Ruma Teres Di Atas Lot Sub
Lot 1 Hingga 244 (Fasa 5e) Di Atas Sebahagian Lot 48729 (16929), Mukim
Petaling, Daerah Petaling
Lestari Puchong Sdn.
Bhd.(Talam
Corporation Berhad)
RSS PMC Sdn. Bhd. 244 Unit – Rumah Teres
6 Cadangan Pembinaan Rumah Pangsa Kos Rendah, Saujana Puchong Mukim Petaling, Daerah
Petaling
Expand Factor Sdn Bhd
(Talam
Corporation Berhad)
RSS PMC Sdn. Bhd.. 228 Unit – Rumah Pangsa Kos
Rendah
7 Projek Pembinaan Gombak Perdana Villa Di Atas Lot 5311 HS(D) 1733 Mukim Setapak, Daerah Gombak
RSS PMC Sdn. Bhd.
Pertiwi Prestij Sdn.Bhd. 222 Unit Pangsapuri
Kos Sederhana
8 Projek Taman Mudun, 18 unit rumah teres 1 tingkat, Rimbun Capital Sdn Bhd.
Central Malaya Construction Co. 18 unit daerah Hulu Langat (Liquidator) Sdn Bhd. 9 Projek Taman Malim Mas, 131 unit rumah teres kos sederhana, daerah Hulu Selangor Rimbun Corporate
(Liquidator)
Sri Wilayah Enterprise Sdn Bhd. 131 unit 10 Projek di lot 1640 (70 unit rumah teres), Kg Sg. Ramal, Kajang, daerah Hulu Langat
ZM Development Sdn Bhd.
Bina Siap (M) Sdn Bhd 70 unit 11 Projek Putera Intan Kondominium Dengkil, Daerah Sepang. Lembah Kerjaya Sdn Bhd. Pembinaan Purcon Sdn
Bhd.
300 unit 12 Projek pembinaan 175 unit Pangsapuri Taman Sri Angsana Hilir, Mukim Ampang. Kabra Holdings Sdn Bhd. & RSS PMC
Sdn. Bhd.
Pertiwi Prestij Sdn. Bhd. 175 unit -
Dalam cara apakah Task Force ini telah menjadi pemudah cara untuk melakukan koordinasi di antara pemaju, Pentadbir Tanah , Pihak Berkuasa Tempatan , Bank dan pembeli agar perumahan dapat dihidupkan semula dengan segera?
Task Force Pemulihan Projek Terbengkalai yang dipengerusikan oleh YB Tuan Saari Sungib di mana empat (4) Konsultan iaitu Rimbun Capital Sdn. Bhd., RSS-PMC Sdn Bhd.,Crimson Landscape dan SMY Capital Sdn Bhd telah bekerjasama dengan jawatankuasa ini bagi membantu untuk menilai semula sama ada projek terbengkalai tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. Sekiranya kajian daripada konsultan mendapati projek tersebut berdaya maju dipulihkan, jawatankuasa ini akan mengaturkan perbincangan yang bertindak sebagai mediator atau pemudah cara di antara semua pihak terlibat bagi mencari jalan penyelesaian ke arah pemulihan projek tersebut. Hasil daripada persetujuan bersama di antara pemaju asal dengan pemaju penyelamat maka usaha menghidupkan semula projek terbengkalai dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, satu mesyuarat berkala telah diadakan bagi memantau perkembangan projek tersebut dalam memastikan pelaksanaan projek tersebut dapat dipulihkan.
-
Apakah peranan yang telah dimainkan oleh task force ini untuk membantu kontraktor penyelamat ECL Management untuk menghidupkan projek RKR di Bandar Pinggiran Subang , U5 Shah Alam
Dalam usaha membantu kontraktor penyelamat ECL Managment untuk menghidupkan projek RKR di Bandar Pinggiran Subang, U5 Shah Alam, jawatankuasa task force khas ini yang diketuai oleh saya sendiri dan dibantu oleh YB Saari Sungib telah membawa perkara ini kepada pengetahuan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan berhubung cadangan penyelesaian pemulihan projek tersebut. Di atas persetujuan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, sebanyak 3 blok daripada 6 blok RKR yang akan dibangunkan dipersetujui dibuat pindaan pelan dan dijual pada harga bebas manakala 3 blok sedia ada masih dikekalkan sebagai RKR. Dengan itu, usaha memulihkan projek tersebut dapat dipulihkan dengan segera dan membantu kontraktor penyelamat ECL Managment dalam menampung kerugian di atas pemulihan 3 blok RKR sedia ada yang terbengkalai.