Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

55) LESEN MENDUDUKI SEMENTARA (TOL)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri didapati cuba merampas tanah berstatus TOL dalam kes seperti di Kampung Sungai Kerandang, Kuala Kubu Bharu. Mengapakah kerajaan negeri gagal menyelesaikan masalah tersebut dengan baik?

    Dimaklumkan bahawa kawasan tersebut telah diluluskan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) secara berkelompok pada tahun 2001. Tempoh sah LPS ialah selama 1-3 tahun sahaja. Pegangan TOL telah tamat tempoh. Kini tanah tersebut berstatus Hutan Simpan Bukit Tarik (GN 2835-14).

    MMKN ke 25/2009 bertarikh 12.8.2009 telah bersetuju supaya kawasan seluas 354 hektar tersebut dikekalkan sebagai Hutan Simpan manakala PTD Hulu Selangor diminta menolak terus sebarang permohonan pemberimilikan ke atas tanah hutan ini pada masa akan datang.

  2. Adakan kawasan TOL lain di Selangor yang berdepan masalah yang sama?

    Setiap daerah mempunyai permasalahan yang berbeza. Oleh yang demikian, isu-isu yang ditangani adalah bergantung pada kes tersebut.

  3. Apakah cadangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengambilan tanah TOL jangka panjang?

    Sebarang masalah yang berkaitan dengan TOL mempunyai permasalahan yang berbeza-beza, namun kerajaan Negeri sentiasa menitikberatkan tentang tanah-tanah TOL yang sedang diusahakan. Walaupun dalam kes-kes yang tertentu, pendekatan yang berbeza terpaksa diambil oleh kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.