Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
51) DRAF RANCANGAN TEMPATAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini perkembangan perancangan pembangunan dalam draf rancangan tempatan.
Sehingga kini kesemua dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor telah mempunyai Rancangan Tempatan (RT) yang telah diwartakan. Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri Selangor telah mewartakan empat belas (14) Rancangan Tempatan bagi ke semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.
Pada tahun 2007, Kerajaan Negeri Selangor telah mewartakan empat (4) Rancangan Tempatan, masing-masing satu (1) pada tahun 2008 dan tahun 2009, dua (2) pada tahun 2010 dan enam (6) pada tahun 2011. Pewartaan Rancangan Tempatan yang terbaru adalah bagi Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 dan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020 yang telah diwartakan pada 26.5.2011.
MAKLUMAT TAMBAHAN :
PEWARTAAN RANCANGAN TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR
No. Warta Dalam
Sel.G.N
Tarikh Persetujuan
JPN
Tarikh Persetujua
MMKN
Nama Kajian Tarikh Warta Rancangan Tempatan 1. Pengubahan (1) Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1
2. Rancangan Tempatan Kuala Selangor Bandar Warisan Alam
3. Rancangan Tempatan Daerah Sabak Bernam
4. Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor
5. Rancangan Tempatan Daerah Klang 2015
6. Rancangan Tempatan Daerah Sepang 2015
7. Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam 2020
8. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2020
9. Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ 2) 2020
10.Rancangan Tempatan Majlis
Perbandaran Selayang 2020
11.Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2020
12.Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang 2020
13.Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020
14.Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020
7.5.2007 25.1.2007
7.5.2007
7.5.2007
30.7.2007
20.11.2008
30.10.2009
30.10.2009
30.4.2010
17.8.2010
17.8.2010
17.8.2010
8.2.2011
8.2.2011
16.5.2007 25.4.2007
30.5.2007
6.6.2007
16.1.2008
17.6.2009
10.3.2010
10.3.2010
11.8.2010
24.11.2010
24.11.2010
24.11.2010
12.4.2011
12.4.2011
No. 1542 No. 1545
No. 1672
No. 1676
No. 1475
No. 2696
No. 1565
No. 1566
No. 139
No. 141
No. 142
No. 143
No. 1921
No. 1920
14.6.2007 14.6.2007
21.6.2007
21.6.2007
5.6.2008
13.8.2009
27.5.2010
27.5.2010
13.1.2011
20.1.2011
20.1.2011
20.1.2011
26.5.2011
26.5.2011
-
Adakah apa-apa peruntukan yang telah disediakan untuk pembangunan tersebut
Subseksyen 18 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), memperuntukkan” tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan”. Peruntukan Subseksyen 19 (1) Akta 172 pula menyatakan bahawa “tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan, boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan”.
Berdasarkan peruntukan di atas, semua pemilik-pemilik tanah, pemaju atau individu boleh membangunkan tanah-tanah milik mereka mengikut pembangunan yang ditetapkan di dalam Rancangan Tempatan yang telah diwartakan.
Bagi Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-Jabatan Teknikal dan Agensi-Agensi yang berkaitan pula hendaklah mengguna pakai sepenuhnya Rancangan Tempatan tersebut di dalam membuat keputusan perancangan dan juga membuat permohonan peruntukkan di dalam cadangan bajet Rancangan Malaysia Lima Tahun.