Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

46) KEMUDAHAN REKREASI MENDESAK DI KAWASAN FLAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah nisbah kemudahan rekreasi kepada bilangan penduduk di kawasan perumahan flat?

    Penyediaan tanah lapang dan rekreasi hendaklah disediakan secara berpusat di kawasan yang rata, berfungsi dan mengikut jenis hierarki iaitu taman permainan kanakkanak, taman tempatan, taman bandar, taman wilayah dan taman negeri.

    Bagi keperluan tanah lapang dan rekreasi di kawasan perumahan berbilang tingkat seperti flat kos rendah, kos sederhana rendah, pangsapuri kos sederhana dan tinggi adalah 2 hektar bagi 1,000 penduduk selepas tahun 2010. Manakala  sebelum tahun 2010 adalah 10 % dari luas keseluruhan tapak. Ia adalah berdasarkan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor.

    Antara kemudahan yang perlu disediakan ialah padang permainan kanak-kanak dan gelanggang permainan seperti sepak takraw, badminton dan tenis. Taman atas bumbung dibenarkan tetapi tidak melebihi 30% daripada keperluan penyediaan kawasan lapang. Berdasarkan amalan perancangan terbaik, kawasan rekreasi juga boleh disediakan di dalam tingkat bangunan dan ruang paling bawah hendaklah dikosongkan untuk sebarang aktiviti penduduk.

  2. Namakan kawasan perumahan flat yang tidak menepati nisbah yang ditetapkan serta apakah langkah pihak berkuasa tempatan bagi mengatasi perkara tersebut?

    Semua Pihak Pemaju di Pihak Berkuasa Tempatan telah menjalankan projek serta memenuhi segala syarat pembangunan yang telah ditetapkan. Namun, terdapat beberapa kes iaitu dalam kuantiti yang sedikit di PBT yang tidak mengikut syarat tersebut . Di antara kawasan perumahan flat yang tidak menepati nisbah yang ditetapkan ialah :-

    • MPK

    Terdapat 2 sahaja kawasan yang dimaksudkan. Kawasan tersebut ialah :-

    BIL NAMA KAWASAN PEMAJUAN
     
    1. Kawasan Rumah Pangsa Kos Rendah Bandar Baru Klang
    2. Pangsapuri kos rendah Taman Permata, Pandamaran Jaya (Projek TPPT)
    • MDHS

    Kawasan pemajuan perumahan flat yang tidak menepati nisbah seperti ditetapkan adalah seperti berikut:

    Bil NAMA KAWASAN PEMAJUAN
     
    1 Pangsapuri Seri Tulip BS2
    2 Pangsapuri Seri Tanjung BS2
    3 Pangsapuri Seri Cempaka BS2
    4 Pangsapuri Seri Teluki BS2
    5 Pangsapuri Seri Semarak BB7
    6 Pangsapuri Seri Trompet BB7
    7 Pangsapuri Seri Kembangan BB7
    8 Pangsapuri Seri Tanjung BB7
    9 Pangsapuri Seri Lili BS2
    10 Pangsapuri Seri Ros 1
    11 Pangsapuri Seri Ros 2
    12 Pangsapuri Bakawali
    13 Pangsapuri Anggerik 1
    14 Pangsapuri Anggerik 2
    15 Pangsapuri Anggerik 3
    16 Pangsapuri Mawar
    17 Pangsapuri Kenanga Taman Bunga Raya
    18 Pangsapuri Dahlia
    19 Pangsapuri Seroja

    Kebanyakan taman permainan ini mempunyai peralatan yang telah usang dan perlu digantikan dengan segera.  Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor tiada sebarang peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penggantian peralatan utama taman permainan tersebut dan telah meminta bantuan daripada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membaiki keadaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.