Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

33) JANJI MANIFESTO

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Manifesto Pakatan Rakyat (PKR dan PAS) ada menggariskan "bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah" dan "bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri". Apakah kerajaan negeri telah bersedia untuk melaksanakan dua janji tersebut?

    Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sememangnya telah bersedia dan telah pun melaksanakan janji-janji manifesto yang telah diwarwarkan sejak tahun 2008. Janji-janji ini dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan mengikut dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) supaya rakyat di Selangor dapat menikmati manfaat secara berkesan.

    Bagi pelaksanaan kedua-dua janji manifesto, Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa perbincangan dengan agensi berkaitan untuk memastikan objektif asal dasar MES dapat dicapai dan disampaikan kepada masyarakat.

    1. i) Bantuan RM50.00 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.

    Untuk makluman Y.B. Taman Templer dan lain-lain ahli Yang Berhormat, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah pun melaksanakan program bantuan ini kepada tadika dan pra sekolah yang telah dikenalpasti dengan syarat-syarat yang bersesuaian.

    Di antara program bantuan berkenaan adalah seperti berikut :-

    1. Bantuan Geran Permulaan – bantuan sebanyak RM10,000.00 kepada tadika swasta yang baru diwujudkan.
    2. Bantuan Yuran Kepada Ibu Bapa – diberikan sebanyak RM150 bagi seorang kanak-kanak kepada institusi yang mengenakan yuran RM150 ke bawah (mensasarkan kepada golongan ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM1,500)
    3. Bantuan Latihan Guru-guru Prasekolah Swasta – diberikan kepada semua guru tadika swasta yang telah dilantik dan berdaftar di Bahagian Pendidikan Guru Malaysia secara percuma selama 3 minggu. Pelantikan guru-guru tadika dipilih melalui kelayakan minima sekurang-kurangnya lulus SPM. Sejak Januari hingga Jun

    2011, seramai 60 orang guru telah dilatih dan  yang telah dilantik dan berdaftar mengenakan yuran RM80.00 (maksima) dan masih dalam perbincangan untuk pelaksanaan.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor masih mempertimbangkan pelaksanaan program ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan bentuk program yang bakal dilaksanakan serta mengikut kaedah-kaedah program MES yang lain dengan memberi tumpuan kepada golongan masyarakat yang berpendapatan kurang dari RM1,500.00 sebulan.

    ii) Bantuan RM75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri

    Kerajaan Negeri Selangor secara dasarnya telah bersetuju untuk melaksanakan program bantuan ini berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat MMKN ke 41 yang telah diadakan pada 24 November 2010. Program ini dijangka akan dilaksanakan sebelum pada suku keempat tahun 2011 sementara mengenalpasti agensi atau badan pelaksana yang berkemampuan untuk melaksanakan ini dengan berkesan.

    Kerajaan Negeri juga akan memastikan, selain daripada dapat meringan tanggungan yuran kepada ibu bapa, program ini akan dapat membantu menggalakkan nurseri atau taska mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Ia juga secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak dari golongan kurang berkemampuan mendapat asuhan yang berkualiti, jaminan keselamatan dan keyakinan serta kepercayaan mengenai keselamatan mereka di nurseri.

    Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, hasil persetujuan dari perbincangan mengenai program bantuan ini, jumlah bantuan ini telah dinaikkan dari RM75.00 kepada RM100.00 dengan mengambil kira taraf keperluan hidup yang semakin hari semakin meningkat.

    Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima bantuan bagi program ini :-

    1. Isi rumah dengan pendapatan tidak melebihi RM1,500.00;
    2. Ibu bapa / penjaga adalah warganegara Malaysia, warga Negeri Selangor dan mempunyai status perkahwinan yang berdaftar ;
    3. Penjaga merupakan ibu bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta

    Pengangkatan 1973 ;

    1. Ibu bapa / penjaga telah bermastautin sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung ;
    2. Bantuan elaun ini tidak tertakluk kepada ibu bapa / penjaga yang mempunyai taraf Penduduk Tetap. Namun anak mereka layak menerima bantuan elaun ini jika salah seorang anatara ibu atau bapa mempunyai taraf warganegara Malaysia ;
    3. Hendaklah bekerja sepenuh masa dan “home based business”. Slip gaji atau perakuan dari majikan dengan pensahan daripada Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung adalah diperlukan ;
    4. Bilangan anak yang dihantar ke taska terhad kepada 3 orang sahaja untuk setiap keluarga yang berusia 2 bulan hingga 4 tahun menurut definasi taska.

    Kriteria taska yang layak menyertai program bantuan ini adalah seperti berikut :-

    1. Taska berkenaan beralamat di Negeri Selangor dan berdaftar di mana perakuan pendaftaran masih sah tempoh dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ;
    2. Jenis taska yang layak hanyalah Taska Institusi dan Taska Rumah yang mengenakan yuran tidak melebih 00 sebulan bagi setiap kanak-kanak; dan
    3. Bantuan elaun ini tidak layak diberikan kepada Taska Komuniti dan Taska Di Tempat Kerja memandangkan taska-taska berkenaan telah diberikan subsidi.
  2. Menurut kajian kerajaan negeri berapakah implikasi kewangan yang perlu ditanggung?

    Dengan peningkatan kadar amaun yang diberikan dalam program ini, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Kebajikan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah meneliti implikasi kewangan bagi pelaksanaan program bantuan ini. Didapati peruntukan tambahan sebanyak RM6juta setahun diperlukan bagi merealisasikan program ini yang melibatkan seramai 5,000 kanak-kanak. Walau bagaimana pun, untuk fasa permulaan tahun 2011, 1000 orang kanak-kanak sahaja yang akan dikenalpasti untuk menerima bantuan ini. Program ini juga akan memfokuskan kepada golongan ibu tunggal yang bekerja untuk menampung pendapatan keluarga melalui program workfare.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.