Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

32) SYABAS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status perundingan pembelian balik konsesi air daripada SYABAS?

    Inisiatif terkini termasuk mengadakan perbincangan di peringkat tertinggi di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor pada 15 Jun 2011 yang lepas. Bagi menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor, satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri telah ditubuhkan untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Kementerian bagi mencapai jalan penyelesaian.

    Walau bagaimanapun, sekiranya Kerajaan Persekutuan benar-benar ikhlas untuk menyelesaikan isu ini dengan segera, kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Perkhidmatan Air Negara adalah cukup jelas untuk diguna pakai bagi penyatuan segera industri air negeri Selangor demi kebaikan dan manfaat seluruh rakyat Selangor.

  2. Apakah pendirian terhadap pembelian balik bond SYABAS berjumlah RM 6.5 bilion oleh PAAB?

    Kerajaan Negeri Selangor secara konsisten, mengambil pendirian yang tegas untuk menyelesaikan isu penstrukturan semula industri air di negeri ini secara menyeluruh, adil dan saksama tanpa membelakangkan kepentingan rakyat negeri Selangor.

    Pembelian balik bon ke semua konsesi air di negeri Selangor oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) hanya akan melengahkan lagi usaha-usaha untuk menstrukturkan semula perkhidmatan air negeri Selangor. Dengan bon air sekarang dipegang sepenuhnya oleh PAAB, syarikat konsesi air tidak lagi terikat dengan jadual pembayaran balik bon yang ketat, oleh yang demikian akan memegang saham mereka di dalam syarikat konsesi masing-masing dengan lebih lama. Ini akan membantutkan usaha-usaha penyatuan perkhidmatan air di negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.