Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

15) PELABURAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berdasarkan pindaan Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhubung pemberian taraf perintis yang dibentangkan dalam Parlimen baru-baru ini. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan Negeri Selangor menjadi destinasi utama pelaburan memandangkan kita mempunyai potensi yang terbaik termasuk pelabuhan?

    hasil semakan bersama pihak MIDA dimaklumkan bahawa tiada sebarang pindaan kepada taraf perintis yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia. namun begitu, bagi memastikan Negeri Selangor menjadi destinasi utama pelaburan pihak kerajaan negeri telah mengambil beberapa pendekatan seperti berikut :-

    • Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
    • Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri / pelabur di Selangor.
    • Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
    • Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
    • Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One Stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
    • Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi memantau pelaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.
    • Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian yang kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Penambahbaikan fungsi SSIC bagi memantapkan keupayaan dalam memberi perkhidmatan.
    • Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang dilaksanakan. xi. Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara.
    • Bekerjasama dengan pihak swasta dan badan-badan perniagaan bagi menarik pelaburan dari luar negara.
    • Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi.
    • Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri Selangor.
    • Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.