Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

12) PILIHANRAYA MASJID

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di Selangor proses pemilihan jawatankuasa masjid telah dilakukan sebelum ini manakala Kerajaan negeri Pulau Pinang pula menamakannya pilihan raya masjid. Adakah kerajaan Selangor bercadang merombak proses pemilihan AJK masjid untuk diadakan seumpama pilihan raya?

    Pemilihan AJK masjid adalah proses untuk memastikan Jawatankuasanya melaksanakan pengimarahan dan mentadbir masjid dengan penuh tanggungjawab. Pemilihan yang dilaksanakan di negeri Selangor adalah yang terbaik dan akan diteruskan pada masa akan datang. Ini kerana hasil daripada pemilihan tersebut, masjid ditadbir dengan lebih baik dengan memperbanyakkan program pengajian, kemasyarakatan dan tarbiyyah.

  2. Siapakah pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk mengadakan proses pemilihan yang adil?

    Pegawai-pegawai Agama Islam Daerah bersama Nazir adalah mereka yang bertanggungjawab memastikan pemilihan dilaksanakan dengan adil. Pemilihan AJK Masjid secara pemilihan majoriti bagi bagi melayakkan diri dengan criteria yang perlu dipenuhi sebagai AJK Masjid.

  3. Apakah jaminan bahawa proses pemilihan AJK masjid Selangor dilakukan telus dan adil?

    Cara pemilihan ini bagi memastikan tidak berlaku pemilihan yang tidak telus dan melahirkan AJK yang berwibawa dan bertanggungjawab. Sehubungan itu, satu garis panduan telah disediakan dan ditaklimatkan kepada semua Nazir sebelum diadakan sesuatu pemilihan. Semua ahli kariah masjid boleh terlibat sama memastikan kepimpinan masjid dipilih dari kalangan yang benar-benar layak.

Lampiran

Tiada Lampiran.