Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

11) PROGRAM SKIM MIMBAR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah orang yang telah layak setakat ini mengikut komposisi kaum bagi program Skim MIMBAR yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    BIL ETNIK/KAUM PERMOHONAN DITERIMA PESERTA BERJAYA PERATUSAN (%) BERJAYA
    1 MELAYU 4,458 943 89.90
    2 INDIA 744 79 7.54
    3 CINA 157 25 2.39
    4 ORANG ASAL 1 1 0.10
    JUMLAH 5,360 1,048 100.00
  2. Berapakah jumlah orang yang telah layak setakat hari ini mengikut komposisi kaum bagi program Skim MIMBAR di kalangan peminjam-peminjam tersebut?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Sejauh manakah program Skim MIMBAR ini berkesan di dalam membantu para peminjam-peminjam tersebut?

    MiMBAR Selangor berkesan dalam membantu para peminjam kerana:

    • Pinjaman MiMBAR Selangor yang mudah tanpa faedah dan tanpa penjamin
      Bukan institusi yang banyak birokrasi
    • Mengelakkan rakyat meminjam daripada along yang akhirnya tidak dapat menyelesaikan masalah hutang mereka.
    • Hasilnya, sambutan amat menggalakkan sehingga kakitangan terpaksa menjalankan kerja-kerja lebih masa. Jumlah yang disasarkan dan jumlah permohonan yang diterima begitu memberangsangkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.