Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

10) TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat telah menyebabkan 16 orang anak yatim di Madrasah al-Hidayah at-Taqwa terkorban pada 21 Mei 2011 yang lepas. Kecuaian pihak manakah yang menyebabkan tanah runtuh tersebut boleh berlaku?

    Kejadian tanah runtuh tersebut adalahlah berpunca daripada aktiviti manusia di mana cerun potongan di bina terlalu curam dan dibiarkan tanpa sebarang kaedah pengukuhan cerun.

  2. Apakah tindakan yang diambil untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh terus berlaku?

    Bagi pihak MPKj, Unit Cerun akan ditubuhkan di bawah jabatan kejuruteraan yang mana fungsinya adalah untuk memantau pembangunan di kawasan berbukit/cerun/tanah tinggi. ‘ Task force’  juga telah ditubuhkan untuk menjalankan inventori  bagi  kawasan pembangunan tanah tinggi di kawasan Hulu Langat.

  3. Apakah tindakan pembelaan terhadap Madrasah dan pelajar?

    Pelajar-pelajar dan penghuni telah ditempatkan sementara di asrama anak yatim yang berdekatan penempatan semula di lokasi yang lain akan dibina setelah laporan bagi kejadian ini disiapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.