Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

4) ANAK-ANAK SYARIKAT MEMATUHI PEKELILING PERBENDAHARAAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk kepada Usul 20 Tahun 2010 berkenaan urus tadbir anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor: Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap syarikat tahu dan melaksanakan Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 9/1993, 10/1993, 11/1993 dan 12/1993?

    Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sentiasa memantau pelaksanaan Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan tersebut melalui Mesyuarat Lembaga MBI yang diadakan secara berkala dan dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor.

    Mesyuarat ini menjadi platform untuk membincangkan isu-isu dan perkara-perkara berkaitan anak-anak syarikat khususnya perkara berkaitan kewangan dan tadbir urus syarikat. Sehubungan itu, kelulusan melibatkan perancangan dan urus tadbir kewangan perlu disahkan pada mesyuarat tersebut.

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan tiada syarikat membayar bonus tanpa mematuhi dasar yang ditetapkan mengikut PP Bil. 10/1993 dan pembayaran mesti mendapat kelulusan pihak Lembaga Pengarah dan Pihak Berkuasa Negeri (MMKN/EXCO)?

    Sebarang cadangan bayaran bonus perlu diluluskan oleh Lembaga Pengarah terlebih dahulu seterusnya diangkat kepada Mesyuarat Lembaga MBI untuk endorsan.

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan syarikat lebih fokus kepada kos operasi syarikat dan tidak kepada perbelanjaan sosial dan perbelanjaan lain yang tidak berkaitan dengan operasi yang boleh menjejaskan keuntungan syarikat?

    Bagi memastikan syarikat lebih fokus kepada kos operasi syarikat, mulai tahun 2008, urus tadbir MBI telah diperkukuhkan melalui pewujudan kakitangan dan pejabat. MBI berperanan memantau prestasi setiap anak syarikat dengan teliti supaya lebih fokus kepada operasi yang dilaksanakan dan dilaporkan kepada Mesyuarat Lembaga MBI, MAKLUMAT TAMBAHAN

    Bil Pekeliling   Perkara
    Pekeliling

    Perbendaharaan

    9/1993

    Bil. Garis Panduan Mengenai Penubuhan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Bagi Syarikat-syarikat Kerajaan
    Pekeliling

    Perbendaharaan

    10/1993

    Bil. Dasar dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Bonus Oleh

    Syarikat-syarikat Kerajaan

    Pekeliling

    Perbendaharaan

    11/1993

    Bil. Dasar Dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Dividen Oleh

    Syarikat-syarikat Kerajaan

    Pekeliling

    Perbendaharaan

    12/1993

    Bil. Arahan-arahan Bagi Meningkatkan Kualiti Perancangan dan Kawalan Ke atas Pengurusan Syarikat-syarikat Kerajaan

Lampiran

Tiada Lampiran.