Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

2) PILIHANRAYA KETUA KAMPUNG DI TIGA KAMPUNG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos yang telah dibajet untuk pilihanraya ini ? Senaraikan mengikut kampung

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan kos peruntukkan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja (RM 20,000.00) bagi setiap kampung yang terlibat dalam Projek Pemilihan Pengerusi JKKK Kg Baru/Bagan/Tersusun 2011.

  2. Bagaimanakah kerajaan memastikan senarai pengundi adalah betul dan sempurna ?

    Bagi memastikan ketelusan dalam Projek Perintis Pemilihan Pengerusi JKKK ini, Kerajaan Negeri mengguna pakai senarai pengundi berdaftar yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Ini dapat memastikan penduduk kampung yang layak dan berdaftar dengan SPR sahaja yang layak mengundi.

  3. Kenapa lambang parti tidak dibenarkan ?

    Dalam Pemilihan Pengerusi JKKK Kg. Baru/Bagan/Tersusun, Kerajaan Negeri mengamalkan demokrasi bagi membolehkan semua pihak yang berminat dan berkepimpinan menyertai pemilihan Pengerusi JKKK ini atas nama sendiri dan bukan atas nama parti seperti di dalam Pilihan Raya yang biasa.

    Oleh yang demikian, tidak akan berlaku ketidakadilan bagi mana-mana individu yang menyertai pemilihan ini. Ini menunjukkan sikap terbuka dan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan kehendak penduduk kampung dicapai.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.