Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

238) BIL CUKAI TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah bil cukai tanah tidak dihantar ke alamat semasa penduduk yang mempunyai hakmilik kekal baru tetapi bil dihantar ke alamat perjanjian jual beli?

    Bil cukai tidak dihantar ke alamat semasa kerana pemilik tanah tidak membuat permohonan pertukaran alamat (borang 26A) ke alamat semasa. Alamat masih menggunakan alamat yang lama iaitu semasa proses permohonan Pindahmilik Tanah yang biasanya peguam menggunakan alamat  dalam perjanjian jual beli.  Hakmilik Kekal baru  yang dikeluarkan akan menggunakan alamat sedia ada dalam Hakmilik Sementara.

  2. Berapakah penduduk/hartanah DUN Subang Jaya yang mengalami masalah seperti (a) di atas?

    Jumlah penduduk/hartanah DUN Subang Jaya  yang mengalami masalah seperti  (a) di atas tidak dapat dikenal pasti  kerana alamat pemilik tanah menggunakan alamat semasa bukan alamat harta.

  3. Apakah langkah penambahbaikan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan para pemilik rumah menerima bil cukai tanah dengan awal dan secara tepat dari segi alamat?

    Langkah penambahbaikan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan para pemilik menerima bil cukai tanah dengan awal dan secara tepat dari segi alamat  adalah seperti berikut:

    1. Mewar-warkan melalui Laman Portal Pejabat Tanah Galian Selangor, radio, dan media cetak menggalakkan pemilik tanah membuat pertukaran alamat semasa (Borang 26A Pemberitahuan Pertukaran Alamat).
    2. Edaran bil cukai tanah dihantar awal kepada pemilik tanah yang dibuat secara 2 peringkat iaitu pada awal dan pertengahan bulan Disember.
    3. Perlaksanaan Program ‘Ops Kutip’ dilaksanakan di Pejabat Tanah Daerah yang mana dalam program ini beberapa kakitangan akan pergi ke rumah atau premis untuk menyerahkan bil dan mengutip cukai.
    4. Penambahbaikan proses integrasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan Sistem Pendaftaran Hasil Berkomputer (SPHT)

    Pemansuhan fi RM 10.00 bagi permohonan tukar alamat di Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)  yang dikeluarkan melalui Arahan Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil 4/2011 berdasarkan kelulusan MMKN ke 21/2011 yang telah disahkan  MMKM ke 22/2011 pada 22/6/2011. Pemansuhan bayaran ini memudahkan dan menggalakkan orang ramai membuat pertukaran alamat

Lampiran

Tiada Lampiran.