Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

211) PROJEK MITIGASI MENINGKATKAN PENGELUARAN AIR (2012 Ð 2015)

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah komponen-komponen utama projek mitigasi yang dilaporkan akan menelan kos RM591 juta?

    Unjuran yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan bahawa sumber bekalan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya sedia ada akan berada pada tahap kritikal dan dijangkakan akan berlaku kekurangan air pada tahun 2017. Kebanyakan loji dan rumah pam sekarang berada di tahap pengeluaran yang maksimum malah terdapat loji dan rumah pam yang beroperasi dalam keadaan overload (melebihi beban reka bentuk).  Keadaan kekurangan bekalan air ini akan diburukkan lagi jika berlaku kejadian-kejadian seperti berikut:-

    1. Penutupan loji disebabkan oleh pencemaran sumber air, gangguan bekalan elektrik kerosakan peralatan loji, penyelenggaraan berjadual loji,
    2. Musim kemarau luar biasa yang boleh menjejaskan pengeluaran air dan meningkatkan permintaan air, atau
    3. Kerosakan paip induk yang disebabkan oleh pihak ketiga.

    Justeru itu, Jemaah Menteri pada 18 Jun 2010 telah meluluskan Program Mitigasi 1 bagi mengatasi masalah kekurangan air.  Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) telah menggunakan kaedah pelaksanaan RMK 10 berdasarkan kepada tempoh 2 tahun rolling plan.  Berdasarkan kepada kaedah 2 tahun rolling plan tersebut, pihak UPE, JPM telah memperakukan dan bersetuju meluluskan tiga (3) projek untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke sepuluh (RMK 10). Senarai dan deskripsi projek serta siling yang diluluskan adalah seperti berikut:-

    Bil Nama Projek Agensi Pelaksana Kos Projek (RM/juta)
    1 Menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) Kerajaan Negeri Selangor 90
    2 Program penggantian paip air lama serta paip perhubungan kritikal bagi

    mengurangkan NRW

    SYABAS 175
    3 Pembinaan sitem paip dari Bernam River Head ke kawasan Kuala Selangor dan Bernam SYABAS 15
      Jumlah 280

    Projek Mitigasi 1 ini sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2013.

    Berdasarkan kepada unjuran permintaan dan pembekalan air yang dibuat oleh SPAN, didapati bahawa keadaan bekalan air masih belum mencukupi.  Justeru itu, Majlis Mesyuarat Ekonomi Bil 2/2012 yang bersidang pada 16 Januari 2012 telah bersetuju secara dasarnya untuk meluluskan cadangan Projek Mitigasi Fasa 2 Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Air Di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya.  Projek-projek yang telah diluluskan untuk  dilaksanakan adalah seperti berikut:-

    Bil Nama Projek Agensi Pelaksana Kos Projek (RM/juta)
    1 Pengagihan Semula Kapasiti Naik Taraf Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 Kerajaan Negeri Sealngor 67
    2 Pengagihan Semula Kapasiti Reka bentuk  Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 Kerajaan Negeri Selangor 81
    3 Pemindahan Pukal  Rasa Kerajaan Negeri Selangor 74
    4 Projek Penggantian Aset bagi Operasi Melebihi Kapasiti di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih Kerajaan Negeri Selangor 30
    5 Program penggantian paip air lama serta paip perhubungan kritikal bagi

    mengurangkan NRW

    SYABAS 75.5
      Jumlah   327.5

    Projek Mitigasi 2 ini masih menunggu kelulusan pinjaman dari Kementerian Kewangan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2015.

  2. Apakah program-program peningkatan pengeluaran air yang terlibat dengan kos mitigasi 1 (RM260 juta) dan kos mitigasi 2 (RM331 juta)?

    Berdasarkan kepada unjuran permintaan dan pembekalan air yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, permintaan air akan meningkat sehingga mencapai 4,169 JLH sedangkan pengeluaran kekal pada 4,326 JLH , ringkasan anggaran permintaan dan pengeluaran air dari tahun 2012 hingga 2015 boleh diterangkan dalam Jadual berikut:-

        ANGGARAN    
    PERMINTAAN
    (DENGAN   KAPASITI   LEBIHAN/
    TAHUN MENGAMBIL KIRA PENGELUARAN
    3.5% GROWTH & SEMASA (KEKURANGAN)
     
    NRW PADA KADAR
       
    33%)
    2011 4169 4,326 157
    2012 4354 4,326 (28)
    2013 4506 4,326 (180)
    2014 4664 4,326 (338)
    2015 4827 4,326 (501)

    Dengan pelaksanaan Projek Mitigasi 1 dan 2, dianggarkan permintaan air akan mencukupi sehingga tahun 2015 dengan anggapan bahawa Projek Langat 2 siap pada tahun 2016. Ringkasan anggaran permintaan dan pengeluaran air setelah

    Projek Mitigasi 2 dilaksanakan adalah Jadual  berikut:-

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

        ANGGARAN        
    PERMINTAA
    N (DENGAN
      KAPASITI   Tambahan
    MENGAMBIL
    TAHUN PENGELUARA Kapasiti   Projek Mitigasi  
    KIRA 3.5%
    N SEMASA (JLH)
    GROWTH &
         
    NRW PADA
       
    KADAR 33%)
    2011 4169 4,326 157  
    2012 4354 4,381 27 Tambahan 55JLH dari Loji Sg Labu  
    2013 4506 4,615 109 Tambahan 110 JLH dari projek berikut:

    i.           Loji Sg Labu dengan kapasiti 50 JLH

    ii.         Pengagihan Semula SSP 1 dengan kapasiti 110JLH

    iii.        Projek NRW dengan

    kapasiti 49 JLH

     
    2014 4664 4,667 3 Tambahan 52 JLH dari projek berikut:

    i.          Projek BRH dengan

    kapasiti 25 JLH

    ii.        Projek NRW dengan

    kapasiti 52 JLH

     
               
      ANGGARAN
    PERMINTAA
    N (DENGAN
      KAPASITI   Tambahan
    MENGAMBIL
    TAHUN PENGELUARA Kapasiti   Projek Mitigasi  
    KIRA 3.5%
    N SEMASA (JLH)
    GROWTH &
         
    NRW PADA
       
    KADAR 33%)
     
    2015 4827 4,917 90 Tambahan 150 JLH dari projek berikut:

    i.          Pengagihan Semula SSP 3 dengan kapasiti 150 JLH

    ii.        Pemindahan Rasa

    dengan kapasiti 100

    JLH

    2016 4,995 6,047 1,052 Tambahan 1,130 JLH dari Projek Langat 2
  3. Apakah persediaan logistik dan kewangan sekiranya projek mitigasi 2012 Ð 2015 ini tidak siap dalam tempoh yang ditetapkan?

    Di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS, Klausa 7.4(b) memperuntukkan seperti berikut:-

    “Sekiranya SYABAS menjangkakan atau meramalkan kekurangan dalam bekalan air mentah, SYABAS hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor secara bertulis tentang kekurangan itu, dan juga cadangan SYABAS mengenai bagaimana kekurangan itu dapat di atasi.  Notis dan cadangan itu hendaklah dihantar kepada Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum tarikh yang dijangkakan atau diramalkan berlakunya kekurangan air mentah.  Kerajaan Negeri Selangor tidak diwajibkan untuk melaksanakan cadangan SYABAS tersebut atau mana-mana bahagian darinya dan berhak atas budi bicara dan pertimbangan sendiri untuk menentukan caracara mengatasi kekurangan itu”.

    Semenjak tahun 2005, SYABAS dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd telah membuat kajian dan mengemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor program-program yang perlu dilaksanakan untuk menghadapi masalah kekurangan air yang dijangkakan akan berlaku sebelum Projek Penyaluran Air dari Pahang ke Selangor beroperasi.

    Namun demikian, keputusan pembangunan sumber air yang mencukupi adalah tanggung jawab Kerajaan Negeri Selangor. Mengikut sumber dan data yang dikemukakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), bekalan air mentah di Empangan masih mencukupi untuk menampung permintaan air sehingga tahun 2020.

    Masalah utama yang dihadapi adalah melibatkan pengagihan bekalan air kepada pengguna dari Loji Rawatan Air.  Dalam mengagihkan air ini, ia dipengaruhi oleh kehilangan air tidak berhasil (NRW) yang tinggi.  Sekiranya masalah kehilangan air tidak berhasil dapat dikurangkan, jangkaan bekalan air kepada pengguna dapat dipanjangkan sehingga tahun 2020.  Justeru itu, bagi menyemak dan meneliti keberkesanan projek-projek yang dilaksanakan untuk mengurangkan NRW, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik pakar-pakar air.  Hasil kajian dari pakar-pakar air ini akan dibentangkan pada akhir tahun ini dan dijangka dapatan dari kajian tersebut dapat melengkapkan Kerajaan Negeri Selangor dalam membuat persediaan bagi menghadapi masalah kekurangan air yang dijangkakan akan berlaku itu.

    Oleh itu, salah satu tujuan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor adalah untuk memastikan industri perkhidmatan air di Selangor dikendalikan secara holistik oleh satu operator bermula dari proses rawatan proses hinggalah pengagihan kepada pengguna. Model Holistik yang sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Lampiran

Tiada Lampiran.