Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
207) PELAKSANAAN GAJI MINIMA DI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh mana dapat dilaksanakan dan agensi Kerajaan mana yang menikmati keistimewaan ini?
Pelaksanaan gaji minimum di Selangor, yang diumumkan setakat ini hanya merangkumi :
- Syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri Selangor
- Syarikat tersebut mestilah dalam keadaan stabil
Syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor terlibat dalam dasar baru kerajaan negeri Selangor ini, antaranya ialah :
- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
- Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) • Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
- Worldwide Holdings Bhd.
Selepas dilihat berjaya, dasar ini akan diperluaskan kepada syarikat-syarikat yang lain pula.
-
Apakah strategi untuk melibatkan Syarikat-syarikat swasta
Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan pihak NGO termasuk MTUC Negeri Selangor di bawah Geran Selangorku – Perlaksanaan Gaji Minima bagi merangka pelan dan strategi bagaimana ianya dapat dilaksanakan secara menyeluruh di negeri Selangor