Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
204) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah polisi, program dan langkah-langkah yang pasti dapat menjamin kadar tarif yang munasabah?
Pada masa ini, Perjanjian Konsesi SYABAS, memperuntukkan kadar kenaikan
tarif setiap tiga tahun sekali seperti berikut:-
Pelarasan Tarif Tarikh Pelarasan Tarif Average Schedule Tariff (RM/mᵌ) Pelarasan Pertama 01 Januari 2006 1.39 Pelarasan Kedua 01 Januari 2009 1.90 Pelarasan Ketiga 01 Januari 2012 2.38 Pelarasan Keempat 01 Januari 2015 2.86 Pelarasan Kelima 01 Januari 2018 3.15 Pelarasan Keenam 01 Januari 2021 3.31 Pelarasan Ketujuh 01 Januari 2024 3.48 Pelarasan Kelapan 01 Januari 2027 3.65 Pelarasan Kesembilan 01 Januari 2030 3.83 Dalam melaksanakan penyusunan semula perkhidmatan air di Negeri Selangor,
Kerajaan Negeri telah mengambil kira aspek-aspek berikut:-
- Menjurus kepada penamatan perjanjian-perjanjian konsesi air sedia ada yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan pemegang konsesi;
- Meneliti dan menstrukturkan semula kos-kos operasi terutamanya pembelian air terawat yang pada masa ini amat membebankan;
- Mengenakan tarif air pada kadar yang munasabah dan berasaskan prestasi dan pencapaian KPI syarikat pengendali perkhidmatan;
- Memastikan struktur baru yang diwujudkan mengutamakan peningkatan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya; dan
- Melibatkan PAAB di peringkat awal dalam proses pengambilalihan dan penyusunan semula ini.
Melalui Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan bahawa SPV yang bakal diwujudkan di bawah Model dipantau sepenuhnya bagi memastikan SPV ini beroperasi dengan mementingkan kualiti dan keberkesanan operasi dan bukannya mengaut keuntungan. Sebagai SPV yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penuh untuk memantau agar SPV ini akan mendapat one time profit, yang mana keuntungan yang akan dijana adalah tidak melebihi 9%. Dengan keuntungan yang tidak melampaui, SPV akan dapat mengekalkan kadar tarif yang munasabah. Kenaikan tarif di dalam operasi memang tidak dapat dihalang berikutan dengan kenaikan kos bahan mentah dan kos operasi, namun kenaikan tarif tersebut akan dipastikan tidak melebihi 12%.
Selain dari itu, SPV yang beroperasi secara holistik ini dapat mengekang pemindahan harga (transfer pricing) dan ini dapat memastikan kos operasi yang tidak membebankan iaitu tidak lebih dari RM0.36per unit. Syarikat SPV tidak akan dibebani dengan terma pembelian minima atau caj kapasiti yang tinggi. Ini dapat memastikan kadar tarif munasabah dapat dicapai.
Melalui peranan yang diambil oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), SPV tidak di beban dengan Kos Pembangunan (CAPEX) kerana ia akan diambil alih oleh PAAB. Dengan kaedah ini, kos pembangunan tidak akan dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif.
Di bawah rejim pelesenan, SPAN melalui peruntukkan di bawah Akta 655 boleh mengesyorkan kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan aras kadar yang hendak dicajkan bagi perkhidmatan air termasuk kadar air pukal dan kadar tarif air.
-
Apakah perundangan dan mekanisme yang akan diwujudkan bagi memantau kos operasi Syarikat SPV yang bakal diwujudkan demi menjamin kos operasi yang tidak membebankan?
Pada masa ini, operator air di Negeri Selangor menjalankan operasinya berdasarkan peruntukkan Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri dan Pemegang Konsesi Air. Apabila kesemua operator air disusun semula melalui penstrukturan semula, Perjanjian Konsesi sedia ada akan ditamatkan dan SPV yang diwujudkan perlu mendapatkan lesen perkhidmatan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air Negara, 2006 (Akta 655). Di bawah peruntukkan Akta 655, sebelum lesen perkhidmatan boleh diberikan kepada SPV, pihak SPV mematuhi setiap peruntukkan di bawah Akta 655 dan Peraturan di bawah Akta 655 di mana antara perkara yang perlu dikemukakan untuk mendapatkan lesen perkhidmatan adalah:-
- mengemukakan secara telus (open book basis) rancangan induk perniagaan untuk tiga puluh tahun;
- cadangan tatacara pengendalian dan penyenggaraan termasuk pelan keselamatan dan pelan pemulihan operasi;
- cadangan standard prestasi dan petunjuk prestasi utama yang akan diterima pakai untuk perkhidmatan;
- maklumat korporat termasuk butir mana-mana syarikat yang disifatkan bersekutu dengan pengarah pemohon;
- akaun terkini yang telah diaudit; dan
- lain-lain maklumat atau dokumen yang dikehendaki oleh Suruhanjaya secara bertulis atau menurut mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
Melalui peraturan dan kawal selia yang dikuatkuasakan oleh SPAN di bawah Akta 655, kos operasi SPV di bawah Model Holistik yang bakal diwujudkan itu dapat dipastikan tidak membebankan mana-mana pihak. Melalui Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan bahawa SPV yang bakal diwujudkan di bawah Model dipantau sepenuhnya bagi memastikan SPV ini beroperasi dengan mementingkan kualiti dan keberkesanan operasi dan bukannya mengaut keuntungan. Sebagai SPV yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penuh untuk memantau agar SPV ini akan mendapat one time profit, yang mana keuntungan yang akan dijana adalah tidak melebihi 9%.
Selain dari itu, SPV yang beroperasi secara holistik ini dapat mengekang pemindahan harga (transfer pricing) dan ini dapat memastikan kos operasi yang tidak membebankan iaitu tidak lebih dari RM0.36per unit. Syarikat SPV tidak akan dibebani dengan terma pembelian minima atau caj kapasiti yang tinggi. Ini dapat memastikan kos operasi SPV itu kelak tidak membebankan dan seterusnya kadar tarif munasabah dapat dicapai.
-
Apakah perundangan dan mekanisme yang akan diwujudkan bagi memastikan tiada Òtransfer pricingÓ?
Pada masa ini, operator air di Negeri Selangor menjalankan operasinya berdasarkan peruntukkan Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri dan Pemegang Konsesi Air. Apabila kesemua operator air disusun semula melalui penstrukturan semula, Perjanjian Konsesi sedia ada akan ditamatkan dan SPV yang diwujudkan perlu mendapatkan lesen perkhidmatan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air Negara, 2006 (Akta 655).
SPV yang beroperasi secara holistik ini dapat mengekang pemindahan harga (transfer pricing) dan ini dapat memastikan kos operasi yang tidak membebankan iaitu tidak lebih dari RM0.36per unit. Syarikat SPV tidak akan dibebani dengan terma pembelian minima atau caj kapasiti yang tinggi. Ini dapat memastikan kos operasi SPV itu kelak tidak membebankan dan seterusnya kadar tarif munasabah dapat dicapai.
Pada masa ini belum ada mana-mana undang-undang bertulis yang diwujudkan bagi mengekang elemen transfer pricing. Walau bagaimanapun, melalui kaedah pemantauan dan kawal selia oleh SPAN di bawah Akta 655, di dalam meneliti permohonan pelesenan, pihak SPAN boleh membuat peraturan dan garis panduan untuk mengekang elemen transfer pricing ini