Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

202) PENSTRUKTURAN SEMULA BEKALAN AIR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini usaha penstrukturan semula bekalan air tersebut ?

    Mesyuarat Jawatan Kuasa penstrukturan kali terakhir bersidang pada 06 September 2011 di Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA).  Di dalam mesyuarat tersebut, tidak dibincangkan sama sekali mengenai cadangancadangan yang dikemukakan oleh  Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor.  Sebaliknya, mesyuarat tersebut membincangkan mengenai masalah kekurangan air di Negeri Selangor dan pelaksanaan Loji Langat 2.

    Selanjutnya pihak KTTHA melalui surat Y.B. Menteri bertarikh 12 Oktober 2011 telah menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menghalang Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan penstrukturan secara holistik dengan syarat pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air hendaklah dibuat secara “willing buyer willing seller” dan menghormati perjanjian-perjanjian konsesi yang masih sah dan berkuat kuasa.

    Di dalam surat tersebut juga menyatakan bahawa syarat-syarat yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam melaksanakan pendekatan dua langkah sebagai tidak praktikal dan sukar untuk dipenuhi.  Y.B. Menteri berpandangan sekiranya Kerajaan Negeri Selangor komited untuk melaksanakan pendekatan “dua langkah”, Kerajaan Negeri Selangor perlu memulakan rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi air yang bersetuju dengan kaedah pengambilalihan yang dicadangkan berdasarkan “willing buyer willing seller” dan bukannya menetapkan pelbagai syarat untuk dipenuhi oleh Kerajaan Persekutuan.

    Y.B. Menteri turut berpandangan bahawa syarat-syarat yang dikemukakan oleh

    Kerajaan Negeri Selangor hanya akan dapat dipenuhi sekiranya Kerajaan Negeri Selangor dapat memberikan persetujuan tanpa syarat terhadap perkara-perkara berikut:-

    1. memberikan semua kelulusan yang diperlukan untuk membolehkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dilaksanakan mengikut perancangan; dan
    2. meluluskan pelarasan tarif air bagi Negeri Selangor berdasarkan perakuan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

    Kerajaan Negeri Selangor masih berpendirian bahawa Projek Loji Rawatan Air

    Langat 2 boleh dipersetujui pelaksanaannya jika penstrukturan semula air Negeri Selangor dimuktamadkan sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang membebankan rakyat.

    Kerajaan Negeri Selangor juga telah menulis surat kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited untuk melaksanakan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor melalui Model Holistik yang sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

    Perkara mengenai penstrukturan semula ini turut dibangkitkan oleh YB Teresa Kok di Parlimen semasa sesi Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan

    Tambahan (2011) 2012 Peringkat Dasar pada 09 Januari 2012 di mana YB Teresa Koh telah meminta supaya KTTHA mengadakan Mesyuarat Jawatan Kuasa Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor bagi membolehkan pengurusan air di Selangor diserahkan kepada Kerajaan Negeri. YB Menteri dalam jawapannya menyatakan bahawa  Mesyuarat Jawatan Kuasa

    Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air hanya akan diadakan sekiranya Kerajaan Negeri Selangor dapat mengemukakan cadangan baru atau pendekatan yang berbeza dari Model Holistik yang dicadangkan sebelum ini oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Selanjutnya, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di dalam surat kepada YB Menteri bertarikh 17 April 2012, telah menyatakan bahawa pendirian Kerajaan Negeri Selangor mengenai Model Holistik tidak pernah berubah semenjak dikemukakan kepada KTTHA bermula pada Disember 2008.  Model Holistik tersebut adalah satu-satunya Model penstrukturan yang menjadi hasrat utama Kerajaan Negeri Selangor di dalam memuktamadkan penstrukturan semula industri air kerana Model Holistik tersebut memenuhi ciri-ciri penyusunan semula yang di gariskan oleh Kerajaan Persekutuan selaras dengan penggubalan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655).

    YB Menteri seterusnya melalui surat bertarikh 10 Mei 2012 dan 05 Jun 2012, masih mengulangi pendirian meminta Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan baru atau pendekatan yang berbeza dari Model Holistik yang pernah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited untuk melaksanakan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor melalui Model Holistik yang sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

  2. Sila perjelaskan apakah asas dakwaan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang kononnya Negeri Selangor akan mengalami krisis bekalan air pada tahun 2015 ?

    Isu tidak cukup air ini telah dibangkitkan oleh SYABAS kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor semenjak tahun 2005 lagi.

    Pada masa ini, kapasiti air dari 33 Loji Rawatan Air adalah sebanyak 4,326 Juta Liter Se Hari. Dari jumlah itu, masih ada Loji yang tidak mengeluarkan air mengikut kapasiti reka bentuk. Ada juga Loji yang mampu mengeluarkan air melebihi kapasiti reka bentuk, namun disebabkan tidak ada inter connectivity yang lengkap, maka lebihan air dari Loji tersebut tidak dapat disalurkan ke kawasan permintaan tinggi, contohnya Loji Sungai Selangor Fasa 3 boleh mengeluarkan air sebanyak 800MLD, tetapi jumlah yang diminta oleh SYABAS untuk diagihkan kepada pengguna hanya dianggarkan sebanyak 600MLD. Begitu juga Loji Air Rasa boleh mengeluarkan air sebanyak 250MLD tetapi permintaan hanya setakat purata 150MLD sahaja.

    Actual Metered Consumption setakat tahun 2011 adalah sebanyak 2,808MLD. Kadar NRW yang tinggi mempengaruhi permintaan air dan anggaran yang diberikan oleh SYABAS adalah mengambil kira buffer sebanyak 10% dan keadaan ini menyebabkan permintaan air dilihat meningkat secara mendadak.

    Beberapa projek sumber air tambahan telah pun dilaksanakan bagi memastikan sumber bekalan air adalah mencukupi seperti berikut:Projek Mitigasi Meningkatkan Pengeluaran Air (2012-2015)

    No Nama Projek Kapasiti Tambahan (mld)
    2012 2013 2014 2015 Jumlah Nota
    1. Projek

    Pembangunan

    Loji Sg Labu

    45 60     105 Loji baru
    2. Projek.

    Peningkatan

    Kapasiti SSP1

      120     120 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari

    760 JLH  kpd

    190JLH

    3. BRH   25     25 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 15.6 JLH  kpd 40.6
    4. Projek

    Pengagihan

    Semula Kapasiti

    SSP1

          50 50 Bagi mengagihkan

    lebihan air di Loji

    SSP 1 sebanyak 120 JLH kepada pengguna

    5. Pro. Agihan SSP3       120 120 Bagi mengagihkan

    lebihan air di Loji

    SSP 3 sebanyak 120 JLH kepada pengguna

    6. Pro. Agihan Loji Rasa       100 100 Bagi mengagihkan

    lebihan air di Loji

    SSP 1 sebanyak 100 JLH kepada pengguna

    7. Program NRW   49 52   101 Program menurunkan NRW
      Jumlah 45 254 52 270 621  

    Projek-projek mitigasi ini dijangka siap menjelang akhir 2014 dan dengan siapnya projek mitigasi ini, terdapat 621 JLH air terawat tambahan yang boleh diagihkan kepada pengguna.

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan operator loji pembersihan air seperti SPLASH, ABASS dan Puncak Niaga serta agensi yang terlibat dan Suruhanjaya Air Negara (SPAN) langkah-langkah mitigasi telah dilakukan seperti berikut:

    1. Hanya melepaskan air dari empangan berdasarkan keperluan optimum loji sahaja.
    2. Menjalin persefahaman yang mantap bagi semua pihak berkepentingan dalam mengurus sumber air supaya bekalan air bersih tidak terganggu.
    3. Memantau paras air di muka sauk bagi memastikan kuantiti air yang dipam adalah mencukupi dan tidak memberi kesan ke atas operasi pam air mentah hingga mengakibatkan kegagalan.
    4. Sentiasa memantau dan bertindak sewajarnya sekiranya simpanan air mencapai tahap 50%.
    5. Masyarakat umumnya sentiasa diminta berjimat cermat terhadap penggunaan air sewaktu musim kemarau.

    Selain itu, LUAS sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air di Negeri Selangor turut mengambil kira beberapa langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku masalah air di Negeri Selangor. Salah satu penyelesaiannya adalah penggunaan sumber air alternatif iaitu menggunakan air permukaan seperti air tasik, lombong dan sebagainya untuk keperluan harian. Sumber air bumi juga merupakan penyelesaian terhadap kekurangan bekalan air di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, sumber air bumi masih belum meluas penggunaannya dan perlu dikomersialkan.

    Pakar Air yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor juga akan membuat kajian bagi mengenal pasti  Loji-loji rawatan air yang boleh dioptimumkan pengeluarannya di samping membuat kajian mengenai penggunaan teknologi baru di dalam mempertingkatkan pengeluaran air bersih dari Loji-loji sedia ada.

  3. Sila kemukakan butiran terperinci dan kisah sebenar tentang keperluan membina loji Langat-2 seperti yang didesak oleh pihak pembangkang sejak muktahir ini ?

    Kerajaan Negeri Selangor masih kekal berpendirian bahawa penyelesaian isu Skim LRA 2 perlu dilihat bersekali dengan memuktamadkan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor berdasarkan kepada Model Holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai kadar tarif yang munasabah. Kerajaan

    Negeri Selangor juga telah mengemukakan hasrat kepada Kerajaan Persekutuan supaya Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikat kepentingannya diberi hak bagi melaksanakan pembangunan pakej utama projek Skim Langat 2 yang melibatkan kerja-kerja pembinaan LRAL 2 dan seterusnya diberikan lesen perkhidmatan di bawah Akta 655 sebagai operator yang mengoperasikan dan menyelenggarakan Skim Langat 2.

Lampiran

Tiada Lampiran.