Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
199) PREMIS NIAGA UNTUK USAHAWAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik premis perniagaan yang telah dibina sejak 2008 hingga 2012?
- Sejak penubuhan sehingga 2012 PKNS telah membina 5,949 unit kedai dan 10 kompleks perniagaan:-
Bil. Premis Perniagaan Jumlah 1. Kedai 5,949 2. Kompleks Perniagaan – Wisma Yakin
– Menara PKNS, Petaling Jaya
– Kompleks PKNS Shah Alam
– Kompleks PKNS Bangi
– Kompleks PKNS Kuala Selangor
– SACC Mall Shah Alam
– Shah Alam Convention Centre
– Pusat Bandar, Sek 6, Shah Alam
– Wisma PKNS, Kuala Lumpur
– Bangunan Dato’ Nazir, Kajang
10 Dalam pada itu, untuk tempoh 2008 hingga 2012, sebanyak 1,338 unit kedai telah dibina. PKNS juga telah membina SACC Convention Centre yang dilancarkan perasmiannya pada Ogos 2009
-
Berapakah jumlah usahawan yang telah dibantu dengan penyediaan premis tersebut?
Jumlah usahawan yang telah dibantu di bawah seliaan Sekretariat MPPB (Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera) dengan penyediaan premis tersebut di PKNS melalui program-program berikut:-
BIL. PROGRAM BIL. USAHAWAN 1. Vendor 22 2. Sub Kontraktor Bumiputera (SKB) 62 3. Dana Pembelian/Penyewaan Ruang Niaga di Kompleks Beli-belah Swasta di Amcorp Mall 5 4. GROW (Program Usahawan Siswazah) 90 5. Virtual Office (VIO by PKNS) 140 Jumlah 319 PKNS juga menyediakan ruang niaga kepada usahawan di kompleks-kompleks perniagaan berkenaan yang disediakan iaitu:-
Jumlah usahawan/Peniaga Bil. Kompleks Perniagaan Premis Kekal Tapak Kiosk Sewa ATM
Machine
Stor Car Wash
Jumlah 1. Wisma Yakin 106 – – – – 106 2. Menara PKNS, Petaling Jaya 13 – – – – 13 3. Kompleks PKNS Shah Alam 437 9 2 4 1 453 4. Kompleks PKNS Bangi 69 16 2 1 – 88 5. Kompleks PKNS Kuala Selangor 29 – – – – 29 6. SACC Mall Shah Alam 142 13 13 5 1 165 7. Shah Alam Convention Centre
2 – – – – 2 8. Pusat Daerah, Sek 6, Shah Alam 65 – – – – 65 Jumlah 863 38 8 10 2 921 Selain itu, PKNS menyediakan 674 unit premis perniagaan yang akan dicadangkan untuk projek pembangunan bercampur Datum Jelatek, Kuala Lumpur dan 20 unit premis di Plug & Play bagi membantu usahawan IT yang terletak di Cyberjaya.
-
Bagaimanakah kadar sewa yang tetapkan, adakah membebankan seperti di Kompleks PKNS Shah Alam?
Kenaikan kadar sewa di Kompleks PKNS Shah Alam adalah masih tidak membebankan penyewa sedia ada kerana masih lagi rendah berbanding dengan kompleks perniagaan-perniagaan lain termasuk juga kompleks yang dimiliki oleh syarikat yang berkait dengan kerajaan Persekutuan seperti Plaza Alam Sentral (milik MRCB). Sebagai contoh kadar sewa di Kompleks PKNS untuk tingkat bawah selepas kenaikan hanyalah antara RM2.50 ke RM5.00 berbanding kadar sewa di kompleks lain yang berkadar antara RM6.00 hingga RM15.00 untuk tingkat yang sama seperti jadual di bawah:-
KADAR SEWA SEKITAR SHAH ALAM (RM Per Kaki Persegi (kps)
KOMPLEKS / TINGKAT Lower Ground
(RM)
Ground Floor
(RM)
First Floor
(RM)
Second Floor
(RM)
Third Floor
(RM)
Fourth Floor
(RM)
KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM
– 2.50-5.00 2.50-3.50 2.50 2.50 0.50 PLAZA ALAM SENTRAL 4-12 8-12 6-10 6-10 4.8 3-6 OLE-OLEH – 6-12 6-10 4-8 – – PLAZA MASALAM-SHAH ALAM MALL
6-12 8-14 8-12 6-10 4-8 – JUSCO BUKIT RAJA – 8-12 6-10 6-10 – – SUBANG PARADE – 8-15 8-10 8-10 6-8 – Untuk makluman, peniaga-peniaga sedia ada di tingkat bawah (ground floor) dan tingkat 1 (first floor) memperoleh kadar harga sewaan yang lebih rendah antara 58% – 71% berbanding kadar sewa semasa kompleks di sekitar Shah Alam.
Pengiraan adalah seperti berikut:-
Tingkat Bawah (Ground Floor)
(RM6.00 – RM2.50)/RM6.00 X 100 = 58% (58.3333%)
(RM15.00 – RM5.00)/RM15.00 X 100 = 67% (66.6666%)
Tingkat Satu (First Floor)
(RM6.00 – RM2.50)/RM6.00 X 100 = 58% (58.3333%)
(RM12.00 – RM3.50)/RM12.00 X 100 = 71% (70.8333%)