Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

197) LORI PEMAMPAT SAMPAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kerajaan telah belanja untuk membeli 150 buah lori pemampat sampah dan adakah ianya dibeli melalui tender terbuka? Siapakah syarikat- syarikat lain yang menyertai tender ini dan apakah harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini?

    Pembelian 50 buah lori pemampat sampah (kompaktor) untuk kegunaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak melibatkan wang kerajaan negeri. Pembelian tersebut dibuat melalui syarikat milik penuh kerajaan negeri, KDEB dengan mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.

    Di dalam proses pembelian 50 buah kompaktor tersebut, KDEB telah menjalankan proses Request for Proposal (RFP) iaitu Pelawaan Memberi Cadangan pada November 2011 di mana tidak kurang daripada 17 buah syarikat pembekal kompaktor telah dipelawa untuk mengemukakan cadangan untuk membekalkan 50 buah kompaktor.

    Di antara cadangan yang telah dikemukakan termasuk cadangan daripada syarikat-syarikat Scania (Malaysia) Sdn Bhd dan Tan Chong Industries Equipment Sdn Bhd. Terdapat juga syarikat-syarikat yang lebih kecil seperti Bumi GT Sdn Bhd dan Syarikat Pembekalan dan Perkhidmatan Lezan yang telah mengemukakan cadangan untuk membekalkan 50 buah kompaktor tersebut.

    Sejumlah 13 buah syarikat telah mengemukakan cadangan untuk membekal kompaktor tersebut. Harga yang dikemukakan menjulat dari RM252,500 – RM396,000 untuk sebuah kompaktor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.