Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
196) BANTUAN MENDAPATKAN KAD PENGENALAN BIRU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah warga Selangor yang masih belum memiliki Kad Pengenalan Biru?
Anggaran jumlah rakyat Negeri Selangor yang berumur 12 tahun ke atas yang bertaraf warganegara dan masih tidak mempunyai Kad Pengenalan sehingga 31 Mei 2012 adalah seramai 61,186
-
Apakah tindakan untuk atasi masalah mendapatkan kad pengenalan biru?
Antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara dalam mengatasi masalah segelintir rakyat yang begitu sukar untuk memperolehi dokumen pendaftaran seperti Kad Pengenalan adalah dengan melaksanakan Program MyDaftar yang dijalankan di seluruh negara termasuk Negeri Selangor meliputi kawasan bandar dan luar bandar.
Program MyDaftar merupakan program outreach berasaskan konsep turun padang untuk memberi perkhidmatan kepada golongan yang sukar berurusan di pejabatpejabat JPN khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan terpencil.