Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

194) BANDAR ISLAM DI SHAH ALAM

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah konsep Bandar Islam yang ingin diutarakan oleh Kerajaan Negeri?

    Konsep Bandar Islam ialah bandar yang berasaskan identiti Islam dan menekankan ciri-ciri bandar selamat, sejahtera, tenang dan mahabbah (kasih sayang/cinta/mengasihani). Konsep bandar Islam turut mengandungi komponenkomponen seperti Masjid, Bazaar, Pusat Pendidikan, Air, Dataran, Pencahayaan, Pintu Gerbang Dan Lanskap. Antara contoh Bandar Islam yang dijadikan rujukan ialah Bandar Esfahan, Ivan, Qom, Ajmer dan Kaherah.

  2. Mengapakah Seksyen 5 dipilih sebagai lokasi Bandar Islam tersebut?

    Seksyen 5 dipilih kerana kawasan ini berpotensi untuk dibangunkan sebagai bandar Islam berdasarkan kepada perletakan komponen utama kepada pembangunan Islam di Shah Alam iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Kompleks Taman Seni Islam. Tapak ini juga mempunyai tahap kemudahsampaian yang tinggi iaitu boleh dihubungi melalui laluan lebuhraya utama.

  3. Apakah perancangan masa depan agar Bandar Islam sebagai identiti Negeri Selangor?

    Pembangunan Bandar Islam akan menjadi identiti Negeri Selangor selaras dengan identiti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai mercu tanda Shah Alam sebagai Ibu Negeri Selangor. Pembangunan bandar Islam yang dirancang secara terperinci akan turut menyediakan pelan induk yang komprehensif merangkumi :

    1. Susunatur pelan pembangunan
    2. Hirarki rangkaian sistem sirkulasi dalaman
    3. komponen pembangunan yang terperinci (jenis, saiz, rekabentuk, dll)
    4. Rekabentuk pelan induk lanskap
    5. ‘Building massing’

Lampiran

Tiada Lampiran.