Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

192) KEMISKINAN DI BANDAR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah skim ini berjaya sampai ke kelompok sasar dan menepati objektif?

    Penubuhan MiMBAR Selangor adalah untuk memberikan bantuan pinjaman mikrokredit kepada golongan peniaga kecil di kawasan bandar di Selangor supaya dapat membantu menambahkan pendapatan harian mereka dengan memupuk semangat berdikari dan mengubah sikap serta pemikiran rakyat di negeri ini untuk sentiasa gigih berusaha, jujur dan amanah bagi meningkatkan kualiti dan taraf hidup. MiMBAR Selangor telah membuktikan berjaya sampai ke kelompok sasar kerana sehingga Jun 2012, seramai 4,442 peniaga kecil yang telah menikmati kelebihan ini yang mana bukan sahaja menerima pinjaman mikrokredit malahan juga menerima bantuan niaga yang menyediakan produk, peralatan dan ruang untuk berniaga bagi memberi peluang untuk rakyat di bawah Paras Garis Kemiskinan melepasi tahap kemiskinan hidup di bandar. Ianya juga adalah untuk tidak sentiasa bergantung kepada bantuan kebajikan semata-mata. Ianya secara tidak langsung mencapai polisi kerajaan negeri dalam supaya rakyatnya berdikari untuk berpendapatan (workfare).

  2. Nyatakan statistik penerima skim tersebut mengikut kawasan DUN?

  3. Adakah peserta skim ini mengikut program tertentu untuk memastikan kejayaannya?

Lampiran

Tiada Lampiran.