Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
184) ISU PERLANTIKAN NAZIR DAN JAWATANKUASA MASJID
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Kekecohan yang berlaku adalah akibat daripada kurangnya kefahaman ahli kariah terhadap proses pencalonan yang dilaksanakan. Dalam hal ini, pihak JAIS telah berusaha memberikan pemahaman kepada pegawai dan jawatankuasa masjid melalui beberapa siri taklimat pelaksanaan di Pejabat Agama Islam Daerah. Dalam pada itu, pihak JAIS juga telah mengarahkan supaya notis pelaksanaan, peraturan-peraturan, pekeliling pencalonan, pendaftaran ahli kariah, jadual pelaksanaan, proses bantahan dan lain-lain ditampal di papan kenyataan masjid sebagai bacaan umum serta rujukan kepada ahli kariah dalam pelaksanaan mesyuarat agung. Di samping itu, hebahan pelaksanaan mesyuarat agung mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali solat Jumaat sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
-
Apakah kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam dalam melantik nazir-nazir ini?
Kriteria bagi calon nazir masjid adalah berdasarkan kepada pekeliling pelaksanaan mesyuarat agung yang telah diedarkan kepada semua masjidmasjid di antaranya ialah : Calon nazir hendaklah mampu mengetuai halaqahhalaqah yang melibatkan jawatankuasa dan jemaah di samping mampu mengimamkan sembahyang, membaca khutbah serta mengetuai majlis tahlil.