Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

182) BANTING DAN BANNER AKTIVITI-AKTIVITI KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah membelanjakan berapa jumlah wang untuk tujuan banting dan banner untuk aktiviti-aktiviti kerajaan negeri sejak tahun 2008 sehingga 2012?

    Jumlah keseluruhan wang yang dibelanjakan untuk aktiviti-aktiviti Kerajaan Negeri untuk tujuan bunting dan banner sejak tahun 2008 sehingga 6 Julai 2012 ialah sebanyak RM577,135.00. Perincian perbelanjaan mengikut aktiviti adalah seperti di dalam jadual di Lampiran 1 untuk Bahagian ICT dan Seksyen Sektoral berjumlah RM76,110.00. Manakala perincian perbelanjaan mengikut aktiviti bagi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia adalah seperti di Lampiran 2 berjumlah RM501,025.00.

  2. Apakah nama syarikat yang dapat kontrak-kontrak tersebut?

    Nama-nama syarikat yang mendapat kontrak-kontrak tersebut adalah seperti di dalam jadual di Lampiran 1 dan Lampiran 2.

  3. Siapakah nama pemilik syarikat?

    Nama-nama pemilik syarikat yang mendapat kontrak-kontrak tersebut juga adalah seperti di jadual di Lampiran 1 dan Lampiran 2.