Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

178) PENGHIJAUAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam mempromosikan penghijauan alam sekitar?

    Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat amat menitikberatkan alam sekitar yang mampan selari dengan arus pembangunan negeri. Kerajaan Negeri banyak menjalankan program-program penghijauan alam sekitar sebagai inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempromosikan penghijauan alam sekitar. Antara program-program adalah :-

    • Kempen-kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.
    • Karnival Hijau Alam Sekitar bersama Jabatan Alam Sekitar Selangor
    • Kempen penanaman pokok di tempat-tempat yang terpilih
    • Memantau dan menggalakkan penanaman pokok di sekitar Negeri Selangor
  2. Berapakah bilangan pokok yang telah ditanam bagi tujuan penghijauan alam sekitar di Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?

    Jadual di bawah menunjukkan bilangan pokok yang ditanam bagi tujuan penghijauan alam sekitar di Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

    TAHUN POKOK UTAMA POKOK BUNGA RAYA POKOK

    LAIN-LAIN

    JUMLAH
    2008 149,000 151,227 745,331 1,045,558
    2009 138,161 142,417 757,434, 1,038,012
    2010 121,673 122,879 747,579 992,131
    2011 163,825 151,201 869,664 1,184,690
    2012

    (sehingga

    Mac)

    42,133 31,382 297,656 402,513
  3. Apakah langkah-langkah kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kesedaran rakyat Selangor dalam memelihara alam sekitar agar penghijauan alam sekitar menjadi amalan hidup rakyat?

    Bagi memastikan kesedaran alam sekitar yang mampan di kalangan rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri secara berterusan mengadakan program-program alam sekitar di seluruh negeri dan melibatkan semua lapisan masyarakat agar objektif amalan penghijauan alam sekitar dapat dicapai secara menyeluruh. Galakan amalan penanaman pokok juga sentiasa diperluaskan di seluruh Negeri bagi memastikan sasaran penghijauan negeri Selangor dapat dicapai.

Lampiran

Tiada Lampiran.