Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
150) PEGAWAI KERAJAAN KONTRAK
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlahnya dan jabatan dan majlis bandaran / perbandaran mana?
Jumlah pegawai bertaraf kontrak (Contract of Service) di jabatan / agensi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sehingga 31 Mei 2012 adalah seramai 3,665 orang (17% daripada jumlah keseluruhan warga kerja) dan pecahan jumlah mengikut jabatan / agensi adalah seperti berikut:
BIL JABATAN JUMLAH 1 Pejabat DYMM Sultan Selangor 27 2 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 130 3 Perbendaharaan Negeri Selangor 66 4 Pejabat Tanah dan Galian Selangor 56 5 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 3 6 Jabatan Mufti Negeri Selangor 11 7 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor 4 8 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor 9 9 Jabatan Agama Islam Selangor 453 10 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor 2 11 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri 7 BIL JABATAN JUMLAH Selangor 12 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor 3 13 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor 19 14 Pejabat Daerah/Tanah Petaling 14 15 Pejabat Daerah/Tanah Gombak 24 16 Pejabat Daerah/Tanah Klang 12 17 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat 9 18 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat 10 19 Pejabat Daerah/Tanah Sepang 8 20 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor 11 21 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor 13 22 Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam 8 23 Majlis Bandaraya Shah Alam 466 24 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 418 25 Majlis Perbandaran Klang 374 26 Majlis Perbandaran Subang Jaya 474 27 Majlis Perbandaran Kajang 23 28 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 83 29 Majlis Perbandaran Selayang 258 30 Majlis Perbandaran Sepang 60 31 Majlis Daerah Kuala Langat 51 32 Majlis Daerah Kuala Selangor 83 33 Majlis Daerah Sabak Bernam 64 34 Lembaga Urus Air Selangor 19 35 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 20 36 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 38 37 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 34 38 Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 23 39 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 278 BIL JABATAN JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN 3665 -
Apakah kemudahan yang layak diterima?
Seseorang pegawai kontrak layak diberi elaun dan kemudahan tertentu seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran L, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008. Pegawai juga layak diberi sebarang elaun dan kemudahan baru yang dipanjangkan kepada pegawai kontrak mengikut peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Contoh elaun dan kemudahan yang diterima adalah seperti berikut:
Bil. Elaun / Kemudahan 1 Imbuhan Tetap Khidmat Awam 2 Imbuhan Tetap Perumahan 3 Imbuhan Tetap Keraian 4 Bantuan Sara Hidup 5 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal 6 Bayaran Insentif Pakar 7 Elaun Dan Bayaran Semasa Bertukar Atau Berpindah Rumah 8 Elaun Menjalankan Tugas Rasmi 9 Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Luar Negeri 10 Rawatan Perubatan Percuma Di Klinik/ Hospital Kerajaan 11 Rawatan Perubatan Percuma Di Luar Negeri (pesara yang menerima pencen) 12 Kemudahan Tambang Perjalanan 13 Pinjaman Kenderaan/ Komputer 14 Rumah Kediaman/ Kuarters 15 Elaun Perumahan Wilayah (bagi warganegara sahaja) Bil. Elaun / Kemudahan 16 Bayaran Lebih Masa (bagi Kumpulan Sokongan) 17 Cuti Rehat 18 Cuti Sakit 19 Cuti Haji 20 Cuti Bersalin 21 Cuti Tanpa Gaji Pemberian elaun dan kemudahan hendaklah mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Pegawai juga layak diberi elaun dan kemudahan baru yang dipanjangkan kepada pegawai kontrak mengikut peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
-
Apakah syarat-syarat yang dikuatkuasakan ramai yang bekerja lebih 10 tahun masih dalam kontrak?
Pada asasnya, perkhidmatan pegawai / kakitangan lantikan secara kontrak ini diselaras berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 yang mana pegawai-pegawai yang berkenaan tidak diberikan jaminan untuk dilantik atau diserap ke jawatan Tetap selepas berkhidmat di sesuatu jawatan (dalam suatu tempoh masa tertentu).
Dalam usaha membantu perkembangan kerjaya dan kebajikan pegawai / kakitangan sedia ada yang telah lama berkhidmat di Jabatan / Agensi Pentadbiran Kerajaan Negeri, maka Pentadbiran ini mengemukakan butiran maklumat lengkap mereka ke Pihak Berkuasa Melantik (PBM) untuk diberikan keutamaan / pertimbangan dipanggil menghadiri sesi temuduga jawatan dalam setiap siri lantikan. Selain prestasi semasa sesi temuduga berkenaan, pemberat lain yang dipertimbangkan adalah prestasi kerja tahunan (tiga (3) tahun terkebelakang) dan perakuan Ketua Jabatan juga diambilkira.
Pentadbiran Kerajaan Negeri mengambil pendekatan sentiasa menjaga kebajikan semua pegawai / kakitangan kontrak ini di mana perkhidmatan pegawai / kakitangan tidak terjejas selagimana pegawai mampu memberikan sumbangan yang signifikan pada Jabatan, prestasi kerja yang cemerlang dan perilaku yang terpuji sebagai penjawat awam. Perkhidmatan pegawai / kakitangan kontrak hanya akan ditamatkan atau tidak dilanjutkan sekiranya terdapat prima facie atau pembuktian yang jelas mereka terlibat dalam salahlaku yang bertentangan dengan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa atau tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik.
Dalam aspek pembangunan kerjaya pegawai / kakitangan sedia ada yang telah lama berkhidmat dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri, Pentadbiran ini menimbang kenaikan pangkat bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun (dilantik ke Gred Kenaikan Pangkat).