Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
148) SISTEM PENGAUDITAN DALAMAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah keberkesanan sistem pengauditan kewangan dan perolehan di PBT dan Pejabat Tanah dan Daerah?
Objektif audit adalah untuk memastikan semua peraturan-peraturan yang ada dipatuhi dan perbelanjaan dibuat secara berhemat. Keberkesanan pengauditan sistem pengurusan kewangan dan perolehan adalah:
- Dapat menjaga kepentingan kerajaan dengan memastikan wang awam dan aset dijaga dan dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan oleh mana-mana pihak;
- Dapat menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi;
- Memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan (check and balance) dan mengenal pasti cara mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut;
- Dapat memastikan perolehan dan perbelanjaan dibuat secara berhemat yang dapat memberi nilai faedah (value for money) kepada kerajaan serta mengelakkan sebarang pembaziran;
- Memastikan pembayaran dibuat dengan teratur dan sewajarnya serta tidak bertentangan dengan peruntukan undang-undang, peraturan serta syarat-syarat, kaedah yang ditetapkan;
- Dapat melaporkan anggota yang didapati melakukan kesalahan, penipuan dan penyelewengan; dan
- Menilai kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenal pasti peluang untuk meningkatkan penggunaan sumber serta dapat mencadangkan cara untuk mengatasi masalah/kelemahan yang ada.
-
Adakah Kerajaan mempunyai plan untuk melantik juru audit di PBT dan PTD dari Pejabat Audit Dalaman Negeri atau Jabatan Audit Negeri?
Berdasarkan Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) yang telah dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor telah pun mempunyai Unit Audit Dalam masing-masing dengan perjawatan di antara dua hingga lapan orang dan diketuai oleh W48 atu W44 atau W41 atau W27/W32.
Manakala di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) tidak mempunyai Unit Audit Dalam kerana setakat ini tugas-tugas tersebut diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Audit Dalam, SUK. Terdapat beberapa siri auditan telah dilakukan di peringkat PTD antaranya :-
- Pada tahun 2011, Bahagian Audit Dalam, SUK tidak membuat pengauditan di PTD. Walau bagaimanapun pengauditan tersebut telah dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Selangor di tujuh PTD mengikut skop seperti berikut:
- Dua kali Pengauditan Akauntabiliti di PTD Petaling dan Kuala Selangor
- Pengauditan Kajian di PTD Klang, Hulu Langat dan Petaling
- Pengauditan Pemeriksaan Mengejut di PTD Sepang, Hulu Selangor dan Kuala Langat. ii. Pada tahun 2012, Bahagian Audit Dalam telah melaksanakan
Pengauditan Akauntabiliti di PTD Petaling.
Tambahan pula, PTD tidak hanya diaudit oleh Bahagian Audit Dalam SUK, malah terdapat pelbagai lagi Jabatan/Agensi lain yang berkaitan sering membuat pengauditan iaitu Audit ISO daripada SIRIM, Audit Pengurusan Tanah oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan PTGS, Audit Pengurusan & AIPDT oleh MAMPU, Audit Kewangan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor, Audit Pengurusan Kewangan, Audit Perakaunan dan Audit Pengurusan oleh Jabatan Audit Negara dan sebagainya.
Sehubungan itu, buat masa ini tiada perancangan untuk melantik juruaudit di PBT dan PTD dari Pejabat Audit Dalam Negeri atau Jabatan Audit Negeri berdasarkan justifikasi yang telah diberikan di atas.
- Pada tahun 2011, Bahagian Audit Dalam, SUK tidak membuat pengauditan di PTD. Walau bagaimanapun pengauditan tersebut telah dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Selangor di tujuh PTD mengikut skop seperti berikut:
-
Bagaimanakah Jawatan Kuasa Audit dan Corporate Governance di PBT berfungsi dan apakah latihan pengkhususan yang telah di adakan?
Dijawab oleh PBT