Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
147) PENYAKIT TANAMAN PISANG
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan bantuan kepada penanam -penanam pisang di Negeri Selangor yang telah mengalami kerugian akibat tanaman pisang mereka telah musnah diserang penyakit?
Jumlah peruntukan bantuan penanam-penanam pisang di Negeri Selangor yang mengalami kerugian akibat serangan Penyakit Moko adalah sebanyak RM1.16 juta.
-
Berapakah keluasan tanaman pisang yang telah musnah akibat serangan penyakit tersebut dan jumlah pengusaha tanaman pisang tersebut?
Keluasan tanaman pisang di Negeri Selangor yang telah diserang Penyakit Moko dianggarkan mengikut daerah adalah seperti berikut :-
Daerah Luas Peserta Individu Swasta Sabak Bernam 3,616.16 ha 1973 Kuala Selangor 77.00 ha 51 Klang 32.60 ha 13 1 Kuala Langat 86.72 ha 35 1 Sepang 17.53 ha 11 Hulu Langat 10.5 ha 6 Gombak/Petaling 2.9 ha 4 Hulu Selangor 5.2 ha 4 Jumlah 3,3848.6 ha 2,097 2