Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

146) PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pelajar dan jumlah kewangan mereka yang mendapat pembiayaan PTPTN di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)?

    Jumlah pelajar dan jumlah kewangan yang mendapat PTPTN di UNISEL

    2008 2009 2010 2011
    Jum. Pelajar:

    2 kali

    pembayaran setahun.

    10,844 & 4773 7511 & 5406 6,838 & 6255 5562 & 5873
    Jum. RM

    (Juta) drpd

    PTPTN

    69.99 79.59 80.03 69.82
  2. Apakah kesan jika pelajar UNISEL dan KUIS tidak mendapat pembiayaan PTPTN?

    Jika pelajar UNISEL dan KUIS tidak mendapat PTPTN, adalah dijangkakan bahawa pelajar dan ibu bapa akan bangkit menyatakan marah dan kesal mereka dan berkemungkinan ada ibu bapa yang akan mengemukakan saman terhadap kerajaan pusat. Semua rakyat Malaysia membayar cukai yang sama dan dengan itu patut mendapat kemudahan yang sama dengan rakyat yang mengikuti pengajian di IPTA / IPTS yang lain.

  3. Apakah kerajaan negeri bercadang menyediakan skim bantuan kewangan sendiri alternatif kepada PTPTN?

    Kerajaan Negeri memang sudah ada tabung pinjaman boleh ubah tanpa faedah yang telah ditambah sebanyak 100% baru-baru ini di samping rancangan untuk mewujudkan dana siswa khas (endowment fund)

Lampiran

Tiada Lampiran.