Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

145) ISU INDUSTRI AIR SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kronologi tarikh dan peristiwa; mesyuarat, perbincangan dan tindakan oleh kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan dan pihak operator air bagi menyelesai masalah tersebut?

    Rundingan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor telah dibuat semenjak tahun 2008 lagi.  Sebagai keutamaan di dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula ini, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menitik beratkan faktor kepentingan pengguna dan nilai fair market value yang akan ditawarkan kepada Syarikat Konsesi Air supaya hasil dari penstrukturan itu kelak tidak membebankan pengguna dan tidak merugikan mana-mana pihak.

    Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan tawaran bagi mengambil alih Syarikat Konsesi Air sebanyak tiga (3) kali, ringkasan tawaran yang telah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah  seperti berikut:-

    GROSS   ABASS   SPLASH   PUNCAK   SYABAS   TOTAL
    (RM/juta)          
    Tawaran (1)

    13.02. 2009

    525 2,064 1,608 1,512 5,709
    Tawaran (2)

    25. 06.2009

    946 2,975 1,936 3,361 9,218
    Tawaran (3) 06 .01.2011 402 2,772 2,040 4,013 9,227

    Syarikat Konsesi Air telah menolak tawaran yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri atas alasan bahawa nilai yang ditawarkan itu adalah rendah dan tidak cukup untuk menampung obligasi hutang Pemegang Konsesi. Pemegang

    Konsesi Air Negeri Selangor  iaitu Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) mengeluarkan nota hutang seperti berikut:

    Pengeluar Nota   Jenis Nota Hutang
    Hutang  
    SYABAS RM3.0 billion

    •          Bai Bithaman Ajil Commercial Paper

    (BBA CP); dan

    •          Bai Bithaman Ajil Medium Term Note (BBA MTN)

    PNSB •          RM1.02 billion Bai Bithaman Ajil Islamic Debt Securities (BaIDS)

    •          RM546.88 juta Junior Notes A (A Notes)

    •          RM435.0 juta Redeemable Unsecured Bonds (RUB)

    SPLASH •          RM 385.0 juta Muraqabah Medium Term Note (MMTN)

    •          RM50.0 juta Muraqabah Commercial Paper (MCP)

    Titisan Modal Sdn Bhd  (TMSB)       RM738.0 juta Fixed Rate Serial Bonds (FRSB)

    Pada 11 April 2011, Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC), satu institusi penarafan kredit domestik yang ditubuhkan pada tahun 1995,  telah membuat pengumuman menurunkan taraf nota hutang yang dikeluarkan oleh kesemua Syarikat  Konsesi Air Selangor seperti berikut:-

     

      Pengeluar   Jenis Nota   Penarafan   Penarafan   Catatan  
      Nota Hutang Hutang Dahulu 11 April    
            2011
      SYABAS •   BBA CP

    •   BBA MTN

    MARC-1

    A+

    MARC-3

    BBB

    Penurunan Taraf  
      PNSB •   BaIDS

    •   A Notes

    •   RUB

    A+

    A-

    BBB BB+ Penurunan Taraf  
        A- BB+  
    SPLASH •   MMTN

    •   MCP

    A

    MARC-2

    BBB

    MARC-3

    Penurunan Taraf
    Titisan Modal

    Sdn Bhd

    (TMSB)

     FRSB AA+ B Penurunan Taraf

    Lanjutan dari penolakan oleh Pemegang Konsesi terhadap nilai yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan masalah pembayaran balik hutang-hutang air kepada Pemegang Bon, Kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah melaksanakan pengambil alihan bon-bon air dari Pemegang Bon bagi mengatasi masalah kekangan kewangan yang dihadapi oleh Syarikat Konsesi Air sebagai penyelesaian jangka pendek.

    Selanjutnya, pada 15 Jun 2011, satu pertemuan telah diadakan di antara Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor dan Y.B. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Di dalam pertemuan tersebut, Y.B. Menteri telah mencadangkan pendekatan “2 langkah” sebagai penyelesaian kepada pengambilalihan Syarikat Konsesi Air . Pendekatan 2 langkah bermaksud pihak Kerajaan mengambil alih mana-mana Syarikat Konsesi Air yang bersetuju dengan nilai tawaran manakala syarikat yang tidak setuju dibenarkan untuk meneruskan operasi seperti sedia ada sehingga tamat tempoh konsesi.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui surat kepada Y.B. Menteri  bertarikh 27 Jun 2011 telah menegaskan bahawa cadangan penyelesaian dua langkah mempunyai banyak masalah yang perlu ditangani oleh semua pihak, di mana antara masalah-masalah itu adalah seperti berikut:-

    1) Tempoh transisi bagi syarikat konsesi yang tidak setuju untuk membuat keputusan

    • Adakah syarikat konsesi tersebut perlu dibiarkan beroperasi sehingga tamat tempoh konsesi atau perlu diberikan satu cut off date;
    • Bolehkah kadar tarif munasabah dicapai kerana di dalam Perjanjian Konsesi sedia ada terdapat kenaikan tarif yang tidak keterlaluan
    • Adakah terma-terma dan syarat-syarat dalam perjanjian konsesi tersebut dikekalkan.

      2) tanggung jawab sepenuhnya dari syarikat pengedar air terutamanya di dalam menjelaskan bayaran harga air kepada operator rawatan

      • adakah syarikat pengedar air sedia untuk menyelesaikan segala tunggakan kos air terawat
      • adakah syarikat pengedar air sedia untuk memberikan jaminan bahawa bayaran penuh akan dibayar sepanjang tempoh konsesi berkuat kuasa

    3) Tanpa kerjasama pengedar air, operasi SPV akan terjejas akibat kekurangan aliran tunai

    4) Masalah projek penambahbaikan air masa hadapan di bawah kawalan satu pihak; syarikat pengedar air

    5)Kes-kes tuntutan mahkamah sedia ada oleh pengedar air, bolehkah ia digugurkan?

    6)Isu dalam mencapai kompromi mengenai bayaran pampasan kepada Pemegang Konsesi vii) Transfer Pricing dalam operasi masih dikekalkan

    Berdasarkan kepada masalah-masalah yang digariskan di atas, Kerajaan Negeri Selangor menegaskan bahawa penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor perlu dilaksanakan dengan menggunakan konsep holistik yang mendukung hasrat  sebenar dasar penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara yang mempunyai ciri-ciri berikut:-

    1. Industri perkhidmatan air diuruskan secara holistic melalui sebuah syarikat yang dimiliki atau di bawah kawalan kerajaan Negeri;
    2. Operator perkhidmatan air yang dilesenkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655); dan
    3. Operator yang beroperasi secara asset light dengan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan berasaskan syarat lesen dan KPI yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

    Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) bahawa konsep industri perkhidmatan air yang holistik mempunyai banyak kebaikan jika dibandingkan dengan keadaan perkhidmatan sedia ada, antara kebaikannya adalah seperti berikut:-

    1. Secara relatifnya dapat menjamin kadar tariff yang munasabah dengan purata kenaikan kadar tarif air.
    2. Pemantauan kos operasi bagi menjamin kos operasi yang tidak membebankan. Syarikat SPV tidak akan dibebani dengan terma pembelian minima atau caj kapasiti yang tinggi. Model Holistik dapat mengekang transfer pricing.
    3. Semakan awal terhadap bayaran jualan pukal dan bayaran tetap/kapasiti yang dituntut oleh pemegang konsesi sedia ada menunjukkan bahawa pemegang konsesi telah meraut pulangan yang tinggi berbanding dengan kos pembangunan, cukai dan faedah/untung institusi kewangan. Syarikat SPV yang baru akan dipantau bagi memastikan keuntungan yang tidak melampaui.
    4. Syarikat SPV tidak di beban dengan Kos Pembangunan (CAPEX) kerana ia akan diambil alih oleh PAAB. Syarikat SPV akan membayar pajakan kepada PAAB atas aset-aset yang digunakan.

    Kerajaan Negeri Selangor selanjutnya telah mencadangkan supaya rundingan secara agresif dengan semua Syarikat Konsesi Air dapat diadakan semula di mana rundingan tersebut hendaklah diterajui oleh KTTHA dengan kehadiran sama Kerajaan Negeri Selangor.  Tempoh maksimum bagi rundingan ini haruslah diberikan selama  enam (6) bulan.  Rundingan tersebut hendaklah dibuat secara open book basis dan asas kepada rundingan hendaklah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:-

    1. Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) adalah pemilik ekuiti, aset dan liabiliti semua konsesi air;
    2. Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai pemilikan ekuiti dalam SPV menerusi injeksi semua aset air negeri;
    3. Semua perjanjian konsesi air sedia ada akan ditamatkan;
    4. SPV dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan satu saham emas Kerajaan Persekutuan; dan
    5. SPV akan diberikan lesen di bawah Akta 655 untuk beroperasi dan penyelenggara industri perkhidmatan air Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Sekiranya setelah tamat tempoh rundingan yang dicadangkan itu, hanya sebahagian pemegang konsesi setuju untuk diambil alih (misalnya hanya 2 setuju, dua tidak setuju), maka Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk menimbangkan penyelesaian dua langkah  yang dicadangkan oleh KTTHA tertakluk kepada:-

    1. Pembatalan semua saman terhadap Kerajaan Negeri, ahli-ahli dalam pentadbiran negeri, para pegawai dan ejen-ejen;
    2. Penyelesaian semua jumlah tertunggak untuk rawatan air oleh syarikatsyarikat konsesi sama ada oleh pengedar air;
    3. Jaminan invois pembayaran penuh untuk rawatan air oleh SPV kepada pengedar air;
    4. Penyerahan semua maklumat yang dikehendaki oleh negeri daripada pengedar air tetapi tidak terhad kepada pangkalan data pengguna sahaja;
    5. Penyerahan operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air Sungai Sireh kepada syarikat pengendali milik kerajaan negeri, termasuk pemberian kerja penambahbaikan; dan
    6. Pemberian perkhidmatan berlesen kepada syarikat milik negeri -SPVbagi operasi dan penyelenggaraan semua kemudahan termasuk kemudahan perawatan di Labu dan Langat 2.

    Mesyuarat Jawatan Kuasa penstrukturan yang diadakan oleh KTTHA pada 06 September 2011, tidak membincangkan sama sekali mengenai cadangancadangan yang dikemukakan oleh  Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor.  Sebaliknya, pihak KTTHA melalui surat Y.B. Menteri bertarikh 12 Oktober 2011 telah menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menghalang Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan penstrukturan secara holistik dengan syarat pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air hendaklah dibuat secara “willing buyer willing seller” dan menghormati perjanjian-perjanjian konsesi yang masih sah dan berkuat kuasa.

    Di dalam surat tersebut juga menyatakan bahawa syarat-syarat yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam melaksanakan pendekatan dua langkah sebagai tidak praktikal dan sukar untuk dipenuhi.  Y.B. Menteri berpandangan sekiranya Kerajaan Negeri Selangor komited untuk melaksanakan pendekatan “dua langkah”, Kerajaan Negeri Selangor perlu memulakan rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi air yang bersetuju dengan kaedah pengambilalihan yang dicadangkan berdasarkan “willing buyer willing seller” dan bukannya menetapkan pelbagai syarat untuk dipenuhi oleh Kerajaan Persekutuan.

    Selanjutnya, Y.B. Menteri turut berpandangan bahawa syarat-syarat yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor hanya akan dapat dipenuhi sekiranya Kerajaan Negeri Selangor dapat memberikan persetujuan tanpa syarat terhadap perkara-perkara berikut:-

    • memberikan semua kelulusan yang diperlukan untuk membolehkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dilaksanakan mengikut perancangan; dan
    • meluluskan pelarasan tarif air bagi Negeri Selangor berdasarkan perakuan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

    Kerajaan Negeri Selangor masih berpendirian bahawa Projek Loji Rawatan Air

    Langat 2 boleh dipersetujui pelaksanaannya jika penstrukturan semula air Negeri Selangor dimuktamadkan sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang membebankan rakyat.

    Kerajaan Negeri Selangor juga telah menulis surat kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited untuk melaksanakan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor melalui Model Holistik yang sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

    Mesyuarat terakhir Jawatan Kuasa Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air yang dipengerusikan oleh YBhg Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) adalah pada 06 September 2011.  Sehingga kini, pihak KTTHA belum memanggil apa-apa perbincangan mengenai penstrukturan semula ini.

    Perkara mengenai penstrukturan semula ini turut dibangkitkan oleh YB Teresa Kok di Parlimen semasa sesi Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan (2011) 2012 Peringkat Dasar pada 09 Januari 2012 di mana YB Teresa Koh telah meminta supaya KTTHA mengadakan Mesyuarat Jawatan Kuasa Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor bagi membolehkan pengurusan air di Selangor diserahkan kepada Kerajaan Negeri. YB Menteri dalam jawapannya menyatakan bahawa  Mesyuarat Jawatan Kuasa

    Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air hanya akan diadakan sekiranya Kerajaan Negeri Selangor dapat mengemukakan cadangan baru atau pendekatan yang berbeza dari Model Holistik yang dicadangkan sebelum ini oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Selanjutnya, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di dalam surat kepada YB Menteri bertarikh 17 April 2012, telah menyatakan bahawa pendirian Kerajaan Negeri Selangor mengenai Model Holistik tidak pernah berubah semenjak dikemukakan kepada KTTHA bermula pada Disember 2008.  Model Holistik tersebut adalah satu-satunya Model penstrukturan yang menjadi hasrat utama Kerajaan Negeri Selangor di dalam memuktamadkan penstrukturan semula industri air kerana Model Holistik tersebut memenuhi ciri-ciri penyusunan semula yang di gariskan oleh Kerajaan Persekutuan selaras dengan penggubalan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655).

    YB Menteri seterusnya melalui surat bertarikh 10 Mei 2012 dan 05 Jun 2012, masih mengulangi pendirian meminta Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan baru atau pendekatan yang berbeza dari Model Holistik yang pernah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited untuk melaksanakan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor melalui Model Holistik yang sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

    Setakat ini, masih belum ada sebarang persetujuan yang dicapai di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan di dalam memuktamadkan penstrukturan semula air Negeri Selangor.

  2. Apakah langkah proaktif dan munasabah yang telah diambil kerajaan negeri untuk memastikan kemelut ini berakhir?

    Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor di bawah Model Holistik.  Antara langkah proaktif yang telah di ambil adalah membuat tawaran bagi mengambil alih Syarikat Konsesi Air sebanyak tiga (3) kali, ringkasan tawaran yang telah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah  seperti berikut:-

    GROSS   ABASS   SPLASH   PUNCAK   SYABAS   TOTAL
    (RM/juta)          
    Tawaran (1)

    13.02. 2009

    525 2,064 1,608 1,512 5,709
    Tawaran (2)

    25. 06.2009

    946 2,975 1,936 3,361 9,218
    Tawaran (3) 06 .01.2011 402 2,772 2,040 4,013 9,227

    Selain dari mengemukakan tawaran, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan surat-surat bagi menerangkan hasrat untuk menstrukturkan semula industri air kepada YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

    Namun, sehingga hari ini tiada sebarang sefahaman dapat dicapai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.