Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
144) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Geran Selangorku ini diagihkan kerana terdapat permohonan bertindih antara Pejabat Daerah, PBT dan juga DUN?
Jawatankuasa Induk menerima permohonan dari semua sumber termasuk individu, NGO, Persatuan Penduduk, PBT, PTD, JKR, Adun dan Ahli Parlimen yang disatukan dalam satu dokumen induk dan disenaraikan mengikut DUN bagi memastikan tiada pertindihan sebelum diselaraskan untuk perlaksanaan secara berfasa mengikut desakan keperluan.
-
Kenapa lambat dilaksanakan?
Setiap projek yang diluluskan masih perlu menjalani proses sebutharga yg tempohnya telah dipendekkan. Walaubagaimanapun masalah yang menjurus kepada kelewatan perlaksanaan adalah disebabkan masalah status tapak projek sama ada tanah persendirian atau pun rizab (sungai, LLM, TNB dan sebagainya) atau kontraktor menarik diri kerana membuat penawaran yang terlalu rendah.