Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

135) PERBELANJAAN KERAJAAN DALAM UNISEL & KUIS

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah perbelanjaan kerajaan Selangor dalam Unisel & Kuis sejak tahun 2002 hingga 2012.

    Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan tanah seluas 1,002 ekar di Bestari Jaya untuk membina Kampus UNISEL. Tanah tersebut dianggarkan bernilai RM 40,000.00 satu ekar pada tahun 2003.

    Kampus UNISEL telah dibina dan siap pada tahun 2006 dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 650 juta.

    Kampus KUIS telah dibina oleh MAIS di atas tanah MAIS yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri. Pihak MAIS kini memperuntukkan RM 12 juta setahun kepada KUIS.

  2. Berapakah subsidi untuk setiap pelajar secara purata?

    Tidak ada kiraan tentang subsidi kepada pelajar UNISEL atau KUIS.

    Oleh kerana tanah dan bangunan adalah dibina atas peruntukan Kerajaan Negeri / MAIS, iaitu UNISEl dan KUIS tidak perlu membayar sewa bangunan, maka pelajar secara tidak langsung menerima subsidi daripada Kerajaan Negeri / MAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.