Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
131) TANAH RUNTUH ULU YAM BHARU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapa Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengambil tindakan dengan Segera untuk memperbaiki jalan yang tersebut?
Semakan pihak Majlis Daerah Hulu Selangor mendapati lokasi tanah runtuh tersebut adalah melibatkan bidangkuasa JKR dan JPS. Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor tidak dapat melaksanakan kerja pembaikan tersebut kerana ketiadaan peruntukkan yang sesuai dan kos pembaikan yang tinggi serta tiada kemahiran teknikal untuk menangani tebing sungai.
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan akan menggunakan MARRIS sebanyak RM2 Juta pada tahun 2012 untuk memperbaiki jalan tersebut?
Majlis Daerah Hulu Selangor tidak akan guna peruntukkan MARRIS atas sebabsebab seperti yang dinyatakan di atas (a).