Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
117) PENGANGKUTAN AWAM – MONOREL
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan projek ini?
Untuk makluman, projek Mass Rapit Transit (MRT) yang akan melibatkan jajaran bermula daripada stesen Sungai Buloh dan berakhir di stesen Kajang. Manakala bagi laluan projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) yang melibatkan jajaran Laluan Kelana Jaya – Laluan Ampang akan berakhir di stesen Putra Heights. Kedua-dua projek ini dalam proses pembinaan mengikut kepada pakejpakej yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.
-
Apakah peranan kerajaan negeri bagi memastikan projek ini berjalan lancar?
Di peringkat Kerajaan Persekutuan, projek MRT tersebut akan dibincangkan melalui mesyuarat EXCO MRT yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara setiap dua (2) minggu sekali. Manakala di peringkat Kerajaan Negeri akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang akan dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar setiap tiga (3) bulan sekali.
Bagi projek sambungan LRT kini akan diselaraskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di mana dahulunya diselaraskan oleh Kementerian Pengangkutan.
-
Apakah projek ini termasuk dalam perancangan pengangkutan awam negeri?
Ya. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor (JPBD) bertindak menyelaras cadangan oleh pihak Kerajaan Persekutuan iaitu Greater KL / Klang Valley Public Transport Master Plan. Kedua-dua projek tersebut akan dimasukkan di dalam Rancangan Tempatan (RT) setiap PBT.