Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
99) KEPERLUAN BERAS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak beras yang di import untuk Negeri Selangor?
Merujuk kepada Kawalselia Padiberas Selangor, keperluan beras bagi rakyat negeri Selangor dianggarkan sebanyak 495,000 mtan setahun. Jelapang padi negeri Selangor dianggarkan mengeluarkan hasil sebanyak 230,000 mtan setahun dimana pengeluaran ini adalah bersamaan 140,000 mtan beras selepas proses pengilangan.
Berdasarkan anggaran tersebut, pengeluaran beras di Selangor hanya mampu menampung 30% keperluan rakyat negeri Selangor, manakala baki 70% keperluan beras diperolehi dengan mengimport beras dari luar negeri Selangor.
-
Adakah pendekatan baru untuk meningkatkan hasil tanaman padi?
Pendekatan baru meningkatkan hasil padi adalah penanama padi menggunakan kaedah SRI (System Rice Intensification) dimana kaedah mengaplikasikan penanaman secara Natural Farming dan kaedah ini dapat meningkatkan penghasilan padi beririgasi dengan mengubah pengurusan pokok, tanah, air dan nutrisi. Kaedah SRI ini juga dapat menjamin keseimbangan agro ekosistem, kualiti tanah dan memelihara alam sekitar.
Selain itu kos pengurusan sawah juga dapat dikurangkan. Ini memberi impak positif kepada pendapatan pesawah apabila kos dapat dikurangkan hampir separuh daripada kos asal. Kaedah ini sudah mula diamalkan oleh petani didaerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor pada tahun lalu dimana pada tahun 2011 hanya 5 orang petani yang terlibat dengan keluasa 14 hektar. Pada tahun 2012, seramai 429 petani terlibat dengan keluasan 646.80 hektar.
-
Bagaimana dengan pendekatan untuk menangani serangan serangga?
Kawalan serangan serangga perosak memerlukan pendekatan mesra alam dan selamat kepada manusia, alam sekitar dan pengguna beras. Pendekatan kawalan adalah melalui aktiviti Pengurusan Perosak Bersepadu dengan menggunakan pelbagai kaedah kawalan iaitu secara biologi, kultura, mekanikal, kimia, dan genetik yang mana lebih praktikal dan ekonomik untuk mengurangkan tahap serangan serangga perosak.
Petani membuat keputusan untuk mengawal serangan berdasarkan pengamatan dan penilaian tahap ancaman di sawah. Kawalan akan dibuat dengan mengambi kira pendekatan melindungi musuh semujadi, alam sekitar dan mengurangkan penggunaan racun perosak pada tahap minima. Ini boleh dicapai melalui pengurusan pertanian yang lestari, Natural Farming dan Teknik SRI.