Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

95) KUMPULAN SEMESTA SDN BHD

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keuntungan yang telah diperolehi oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd?

    Untung sebelum cukai KSSB dari tahun 2008 hingga Mei 2012 adalah seperti berikut;

    Untung Sebelum Cukai KSSB (RM)
    2008

    (Beraudit

    Sept – Dis)

    2009

    (Beraudit)

    2010

    (Beraudit)

    2011

    (Draf audit)

    2012

    (Akaun

    Pengurusan

    Jan – Mei)

    Jumlah
    1,187,394 8,815,507 20,514,604 17,646,587 2,527,575 50,691,667
  2. Dalam membantu MES, terangkan secara terperinci jumlah serta jenis-jenis bantuan yang telah diberikan?

    Semenjak beroperasi pada tahun 2008 sehingga Mei 2012, KSSB telah menyumbang kepada program MES melalui sumbangan kepada programprogram kerajaan negeri seperti program Jom Shopping serta program-program tanggungjawab sosial koperat. KSSB juga telah membayar dividen kepada MBI yang merupakan pemilik tunggal KSSB, yang mana ianya juga digunakan untuk program-program MES.

    Jumlah sumbangan adalah seperti berikut;

    No. Perkara Jumlah (RM)
    1 Sumbangan kepada Program-program Kerajaan Negeri 15,386,052
    2 Sumbangan Tanggungjawab Sosial Koperat 1,140,289
    3 Dividen Kepada MBI 17,500,000
    Jumlah 34,026,341

    Antara sumbangan utama kepada kerajaan negeri adalah untuk program Jom Shopping (RM10 juta), Program Kerajaan Perihatin (RM 2 juta), Bonus Kepada JKKK (RM0.62 juta) Tabung Warisan Negeri Selangor (RM 0.56 juta). KSSB juga telah memberikan sumbangan kepada program-program kerajaan negeri Selangor yang lain demi rakyat negeri Selangor keseluruhannya.

    Di bawah program tanggungjawab sosial korporat, KSSB antara lainnya telah memberikan sumbangan kepada sekolah-sekolah, rumah-rumah kebajikan, persatuan-persatuan dan PIBG. KSSB telah memberikan sumbangan sekitar RM1.12 juta untuk tempoh Januari 2011 hingga Mei 2012.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.