Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
92) SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak peruntukkan telah dikeluarkan bagi menjalankan program skim kesihatan wanita sehingga Jun 2012 dan berapa ramai yang telah menyertai?
Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Skim Kesihatan Wanita di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setiap tahun bertujuan membantu kaum wanita membuat pemeriksaan kanser payudara (mammogram) secara percuma. Kos setiap pemeriksaan mammogram sebanyak RM90 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Setakat 30 April 2012, kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM 1,497,870.00.
Setakat 30 April 2012 seramai 16,643 wanita di Selangor telah mendapat manfaat daripada pemeriksaan mammogram percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Hasil daripada program ini, seramai 146 wanita disyaki menghidap penyakit kanser telah berjaya dikesan.
-
Apakah 3 daerah tertinggi dan 3 kawasan DUN tertinggi dari segi penyertaan yang telah mengikuti program skim kesihatan wanita, sila nyatakan jumlahnya.
Setakat 30 April 2012 tiga daerah tertinggi dari segi penyertaan yang telah mengikut program Skim Kesihatan Wanita ialah Petaling 2,840 orang, Klang 2,534 orang dan Sabak Bernam 2,473 orang. Manakala tiga kawasan DUN tertinggi ialah Seri Andalas 1,012 orang, Sungai Panjang 936 orang dan Teluk Datuk 931 orang.
Statistik wanita yang telah berdaftar mengikut daerah dan DUN adalah seperti berikut:
No Daerah Jumlah DUN Jumlah 1 Sabak Bernam 2,473 N1 Sungai Ayer Tawar 612 2 N2 Sabak 508 3 N3 Sungai Panjang 936 4 N4 Sekinchan 417 5 Hulu Selangor 744 N5 Hulu Bernam 157 6 N6 Kuala Kubu Bahru 154 7 N7 Batang Kali 433 8 Kuala Selangor 1,498 N8 Sungai Burong 560 9 N9 Permatang 475 10 N10 Bukit Melawati 90 11 N11 Ijok 295 12 N12 Jeram 78 13 Gombak 1,575 N13 Kuang 327 14 N14 Rawang 289 15 N15 Taman Templer 234 16 N16 Batu Caves 352 17 N17 Gombak Setia 252 18 N18 Hulu Kelang 121 19 Hulu Langat 1,359 N19 Bukit Antarabangsa
152 20 N20 Lembah Jaya 111 21 N21 Cempaka 211 22 N22 Teratai 387 23 N23 Dusun Tua 202 24 N24 Semenyih 26 25 N25 Kajang 94 26 N26 Bangi 35 27 N27 Balakong 141 28 Petaling 2,840 N28 Sri Kembangan 382 29 N29 Sri Serdang 273 30 N30 Kinrara 254 31 N31 Subang Jaya 487 32 N32 Seri Setia 65 33 N33 Taman Medan 274 34 N34 Bukit Gasing 37 35 N35 Kampung Tunku 295 36 N36 Damansara Utama 51 37 N37 Bukit Lanjan 206 38 N38 Paya Jaras 275 39 N39 Kota Damansara 241 40 Petaling dan Klang 371 N40 Kota Anggerik 125 41 N41 Batu Tiga 246 42 Klang 2,534 N42 Meru 529 43 N43 Sementa 126 44 N44 Sungai Pinang 147 45 N45 Selat Klang 415 46 N46 Pelabuhan Klang 22 47 N47 Pandamaran 51 48 N48 Kota Alam Shah 23 49 N49 Seri Andalas 1,012 50 N50 Sri Muda 209 51 Kuala Langat 1,821 N51 Sijangkang 363 52 N52 Teluk Datuk 931 53 N53 Morib 527 54 Kuala Langat dan Sepang 1,294 N54 Tanjong Sepat 690 55 N55 Dengkil 165 56 N56 Sungai Pelek 439 57 Kakitangan Kerajaan 134 Jumlah 16,643 -
Adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk melebarkan skim ini kepada pemeriksaan awal bagi mengesan barah pangkal rahim?
Kerajaan Negeri telah mula melebarkan skim ini kepada pemeriksaan awal bagi mengesan barah pangkal rahim dengan menawarkan perkhidmatan pap smear percuma kepada 1,000 wanita yang menyertai pemeriksaan mammogram anjuran Kerajaan Negeri bermula bulan Jun 2012. Kerajaan Negeri juga mempunyai perancangan untuk menambah peruntukan bagi perkhidmatan pap smear pada masa akan datang supaya lebih ramai wanita mendapat manfaat daripada skim ini.