Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
81) PBT- SAMPAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kontraktor pelupusan sampah yang mendapat faedah meminjam lori pemampat (lori kompektor) sehingga kini?
Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan bahawa pihak majlis kini telah memohon sebanyak lima (5) unit kompaktor untuk diberikan penyewaan kepada kontraktor yang tidak mempunyai kompaktor mencukupi. Manakala pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyatakan bahawa sebanyak lapan (8) buah syarikat kontraktor yang telah mendapat faedah dengan meminjam lori pemampat sampat (lori kompaktor) berkenaan.
-
Apakah dasar dan peraturan bagi menjamin lori kompektor milik kerajaan Negeri Selangor diurus dan dijaga dengan baik?
Semua kompaktor yang dibeli Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) akan diuruskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Oleh yang demikian, dasar dan peraturan telah menetapkan kontraktor kutipan sisa pepejal yang berjaya akan diberi penyewaan lori kompaktor. Segala peraturan terikat di dalam kontrak perjanjian penyewaan di antara MBSA / MBPJ dan kontraktor.