Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
78) RUMAH URUT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah urut yang ada di Subang sama ada yang berlesen atau tanpa lesen?
- Jumlah premis rumah urut berlesen di kawasan pentadbiran MBSA mengikut pecahan ialah seperti berikut:
MBSA BILANGAN PREMIS BERLESEN RUMAH URUT 5 SPA 27 Reflexologi 39 Jumlah 71 ii.Jumlah pecahan bagi seksyen di kawasan Subang adalah seperti berikut:
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?
Bagi memastikan masalah ini dapat diatasi, pihak Majlis sedang mengenalpasti pemilik premis yang menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen berdasarkan keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri bil 19/2012 bertarikh 23 Mei 2012. Selain itu, pihak Majlis akan memberi notis kepada pemilik untuk mengarahkan pengusaha/penyewa untuk menghentikan aktiviti dan mengembalikan premis kepada keadaan asal (tindakan pembetulan) dalam tempoh 14 hari hingga 21 hari. Tindakan amaran akan diberikan untuk tempoh 3 hingga 4 bulan dan sekiranya tindakan pembetulan gagal dilakukan oleh pemilik premis. Pihak Majlis dengan kerjasama Pentadbir Tanah Daerah untuk mengeluarkan notis merampas premis atau hartanah (Borang 7A) kepada pemilik sekiranya masih ingkar dengan amaran yang telah dikeluarkan.