Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
73) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah Pusat Dialisis Rakyat yang telah beroperasi sepenuhnya?
Sehingga kini, terdapat 3 buah Pusat Dialisis Rakyat (PDR) yang telah beroperasi sepenuhnya.
-
Berapa ramaikah pesakit yang telah didaftarkan melalui program ini? Sila pecahkan mengikut Dun?
Seramai 53 orang telah mendapat khidmat yang telah disediakan ini. Setakat ini 24 orang menerima perkhidmatan di PDR Ampang, 10 orang di PDR Taman Medan dan 19 orang di PDR Sementa.
-
Berapa banyak lagikah Pusat Dialisis yang masih belum beroperasi dan apakah masalah yang menyebabkan ianya masih tertangguh?
Terdapat 2 buah Pusat Dialisis Rakyat yang belum dapat beroperasi sepenuhnya. Satu di DUN Hulu Kelang kerana tidak mendapat jumlah peserta yang cukup. Satu lagi di DUN Sri Muda yang masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.