Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
64) BANJIR DI BATANG KALI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah banjir berlaku akibat pencurian pasir sungai yang tidak terkawal?
Kejadian banjir yang berlaku pada 7 Mei 2012 yang lepas bukan disebabkan oleh aktiviti mencuri pasir sungai yang tidak terkawal. Ini adalah kerana aktiviti pengorekan pasir di sungai-sungai di dalam Daerah Hulu Selangor adalah terkawal dan sentiasa dipantau. Kejadian banjir kilat ini berlaku disebabkan oleh hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti bermula dari jam 1.00 pagi sehingga 6.00 pagi di Mukim Batang Kali dan Hulu Yam yang merupakan kawasan rendah. Air hujan yang berterusan turun, dialirkan ke sungai dan sungai yang dipenuhi air melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah seperti di Batang Kali, Rasa dan Hulu Yam dipenuhi air.
-
Apakah langkah-langkah yang akan dilaksanakan untuk mengelakkan tragedi ini berlaku?
Bagi mengelakkan tragedi banjir seperti ini berlaku, Kerajaan Negeri akan sentiasa mengambil tindakan dan pemantauan ke atas penerokaan tanah sepanjang sungai yang bukan di dalam kawasan simpanan sungai. Selain itu, pembangunan tanah-tanah berhampiran sungai akan sentiasa dipantau dan dikawal memandangkan pembangunan yang pesat merupakan salah satu faktor berlakunya tragedi banjir kilat.