Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
57) PEMBERIAN HAKMILIK TANAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak JKKK layak menemuduga penduduk dan mengambil bayaran bagi proses memohon tanah tersebut?
Pihak JKKK tidak layak menemuduga penduduk dan mengambil bayaran bagi proses memohon tanah.
-
Apakah prosedur yang betul bagi permohonan dan pemilihan rakyat yang layak diberi hakmilik tanah?
Prosedur kelayakan permohonan bagi pemberimilikan tanah kerajaan adalah mengikut Seksyen 43 Kanun Tanah Negara (KTN), yang menyenaraikan orang atau badan yang boleh memohon pemberimilikan tanah kerajaan adalah :
- Orang – orang benar selain daripada remaja;
- Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah;
- Raja-raja memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957;
- Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;
Dengan syarat bahawa tidaklah perlu bagi sesebuah perbadanan mempunyai kuasa memegang tanah untuk membolehkannya memohon dan dikeluarkan kepadanya, suatu permit untuk mengeluarkan dan mengambil bahan-bahan batuan.
-
Di samping Pejabat Tanah dan Daerah, agensi kerajaan yang manakah terlibat secara langsung dalam proses permohonan tersebut?
Selain Pejabat Tanah dan Daerah, permohonan akan dirujuk kepada Jabatan-Jabatan Teknikal yang berkaitan bagi mendapatkan ulasan teknikal seperti Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan jabatan teknikal yang berkaitan dengan kawasan yang dipohon.